Erti Cinta Sejati...
Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya
adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati
akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia
membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin,
anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda
mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda
mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak. Kebenaran
ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan. Oleh itu,
percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh
berlaku dalam menemukan cinta sejati.
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. Setiap manusia
mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Hati anda sentiasa mencari
jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati. Di sebabkan
itu, apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua
keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut
secara tidak sengaja. Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang
hadir pada anda? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia?
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura – pura kerana ia
menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh
di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri.
Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. Anda boleh jatuh cinta
pada orang yang anda tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang
selalu anda jumpa. Oleh itu, berusahalah untuk memahami cinta sejati,
pasti anda akan menemukan jodoh anda.
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba – tiba, janganlah
anda menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi
anda cinta sejati. Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa
memlih antara dua. Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan.
Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa, tetapi perasaan
itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya. Bila bertemu
cinta, usahalah untuk tidak buta, walaupun peribahasa mengatakan ‘cinta
itu buta’. Hakikatnya, buta pada hati adalah perkara yang berbahaya
kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si
dia. Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan
cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘chemistry’.
Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah, dan jauh dari apa yang
ramai sangkakan. Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh
pasangan bahagia yang telah uzur? Walaupun usia dimamah masa, cinta
sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara. Oleh itu
berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda. Fahamilah situasi cinta
sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua.
Mengenali cinta sejati?
Tahukah anda, cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi. Ia
adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia.
Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu
bersertakan emosi dan suasana yang gembira. Oleh itu dalam memenuhi
keperluan untuk puas dalam cinta, manusia sering menghadapi krisis
nilai. Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai
keinginan tinggi cinta itu. Berbalik kepada isu buta cinta tadi,
akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta. Namun, bagi
yang bijaksana, mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk
memenuhi keperluan cintanya, yang lahir dari hati, yang bergelar cinta
sejati. Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh
taqwa.Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci, mahal dan tinggi
tarafnya. Sifat cinta itu sempurna, jika tidak ia akan menjadi cacat.
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap
sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap
sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
No comments:
Post a Comment