Saturday, March 5, 2011

Cahaya cinta...

Pabilaku bertemu dengannya terasa diriku bagai berada di alam kayangan yang dipenuhi dengan pelbagai bunga bunga indah..Bunga bunga yang hampir di ambang kelayuan kembali menjadi mekar pabila cinta mula membajainya. Ketika bunga lain sudah mengecapi kebahagian bunga ini baru mengerti apa itu cinta. Cinta yang selama ini dianggap seperti 'toxic' yang boleh membahayakan dirinya. Cinta yang banyak membunuh bunga yang lain. Cinta yang meracuni bunga yang indah.. Cinta yang menyebabkan hilangnya kemekaran keindahan bunga yang menyinari hidup ini. Dirinya itu seperti suatu anugerah yang tidak ternilai. Dia menyinari hidupku yang suram bagaikan kesuraman malam yang tiada serinya. Dia menyinari hidupku dengan bait-bait kebahagiaan yang selama ini kuidamkan. Dialah insan yang selama ini kucari. Tiada yang lain. Hanya dia sahaja yang berjaya membuka hatiku yang selama ini ditutup rapat.. Dia tidak seperti yang lain. Dia lain dari yang lain. Dia sangat sempurna bagiku. Sesempurna insan yang tiada celanya. Sebelum dirinya muncul hidupku sering dilanda kesepian. Pabila dirinya muncul diri ini berada di dalam kehidupan yang tiada kesedihan tiada keresahan..Dipenuhi dengan kebahagiaan hidup..

No comments:

Post a Comment