Thursday, March 17, 2011

Berserah PADAMU...

Indah bukan pada zahir
Tapi terletak pada tutur
Terhampar pada pekerti
Terserlah pada santun
Tersentuh pada hati
Yang indah itu sukar dicari
Tanpa menilai dari mata dan hati..
 
Sedetik aku bernafas, hanyalah kerana kehendak ALLAH, sedetik masa jasadku masih ada roh, hanyalah kerana kehendak ALLAH, sedetik sahaja ALLAH menginginkan aku mati, tiada siapa dapat membantah, kerana aku milikNYA,& aku gembira jika DIA memanggil ku, kerana, dari situ aku tahu, DIA sayang padaku, DIA tak nak lagi aku bergelumang dengan dosa duniawi..

ALLAH! jika sampai masaku, ambillah aku! aku benar-benar merinduiMU...

No comments:

Post a Comment