Wednesday, March 9, 2011

Perlukah Berkorban untuk Sebuah Kekuatan?

 Hidup ini bukan selalunya manis. Juga, tidak selalunya terang. Sepertimana juga sunnatullah yang disusun indah, apabila ada siang, malam pasti akan menyusul.Namun, agak malang  jika malam itu tiba-tiba tidak berbintang. Gelap Gelita. Sepertimana ada sang mentari yang menyinar terang, kadang-kadang sang hujan pula datang bertandang. Namun, agak malang , jika kunjungan hujan menghasilkan bencana banjir. Malang memang sentiasa tidak berbau. Menjadi lumrah sebuah perjuangan yang dinamakan kehidupan, ia tidak akan sunyi daripada getir-getir ujian. Kerana ujian itulah yang menjadi pengukur keimanan insan yang bergelar hamba.  Kekuatan tidak akan datang secara percuma. Kekuatan punya harga yang amat mahal untuk dibayar. Untuk meraih secebis kekuatan, ia menuntut kepada pengorbanan. Pengorbanan yang kadangkala menagih tangisan. Pengorbanan yang kadangkala mampu menyentap akar keimanan. Pengorbanan yang kadangkala menggigit cengkaman ketaqwaan. Kehidupan oh kehidupan..... Mengapa perlu insan berkorban demi mengemis secarik kekuatan?

No comments:

Post a Comment