Saturday, August 28, 2010

Warkah buat Lelaki...


Warkah Buat Lelaki...
Lelaki yang ku impi,
Pejuang yang tegak berdiri,
Walau badai mendatangi,
Tidak berganjak walau seinci,
Berundur jauh sekali,
Lelaki itu,
Cintanya hanya pada YANG SATU,
Tidak berbelah bagi walau untukku,
Sayangnya padaku tidak melebihi kasihnya pada ibu,
Suci sanubarinya dari hasad dan cemburu.
Lelaki yang ku cintai,
Wudhu'nya perpisahan dengan duniawi,
Solatnya penyatuan dengan ILLAHI,
Doanya tak pernah berhenti,
Zikir baginya penghibur hati.
Lelaki yang ku hajati,
Tidak gentar mempertahankan maruah keluarga,
Walau nyawa menjadi bayarannya,
Dia gagah perkasa,
Bersamanya rasa selamat sentiasa.
Lelaki yang menjadi harapan,
Yang boleh diajak berbincang,
Buat anak-anak dialah kawan,
Amanah ALLAH bukanlah beban,
Diajar diasuh anakku menjadi pejuang,
Mewarisinya demi ISLAM.
Lelaki yang ku ingini,
Nasihat dari bibirnya tak pernah berkurang,
Kemarahanku disambut dengan gurauan,
Bebelanku tidak menyesakkan,
Kerana dia amat faham,
Aku adalah seorang perempuan.
Duhai lelaki,
Jadikanlah aku sebagai sayap kiri,
Yang mendekatkanmu pada ILLAHI,
Kerana ketahuilah olehmu,
Aku ingin menjadi bidadari syurgawi,
Bukan pembuka pintu neraka untuk suami...

No comments:

Post a Comment