Add caption |
Sejambak Mawar
Kuntum 1: Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.
Kuntum 2: Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.
Kuntum 3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.
Kuntum 4: Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Hapuskanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuniakan kepada anda.
Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat segala keinginannya.
Kuntum 6: Contohilah pohon kurma; tinggi cita2nya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling batu, ia akan membalas dengan dengan menggugurkan buahnya.
Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?
Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beoleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntum 9: Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
Kuntum 10: Mandi, berwudhu', memakai wangi-wangiaan dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.
Karangan bunga
Bunga 1: Contohilah serangga lebah yang hanya hinggap atas bebungaan yang sedang mekar dan di ranting2 yang runcing.
Bunga 2: Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali-kali akan mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.
Bunga 3: Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut. Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap.
Bunga 4: Gelojak kedengkian akan merugikan diri sendiri, sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja.
Bunga 5: Lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana esok belum tentu berpihak kepada anda.
Bunga 6: Jauhilah setiap tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan.
Bunga 7: Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.
Bunga 8: Jangan bosan dan jemu berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana2.
Bunga 9: Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Bunga 10: Kesenangan dari sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa.
No comments:
Post a Comment