Sunday, August 22, 2010

BALADA SEORANG GADIS CANTIK.....

" BALADA SEORANG GADIS CANTIK "

Amat payah dan sulit sekali menjadi seorang gadis cantik sebab pada tiap saat dia sering terkepung serta diintip oleh ribuan lelaki dahaga yang mahu mencintainya dan yang mahu menodainya.... lalu hari itu dia pun mengambil keputusan untuk melindungi rambutnya yang harum bak sutera menutup dadanya yang berombak dengan mini telekung yang bersih dan sopan santun...... maka dalam kesegaran wuduk pada tiap subuh yang bening dia pun memanjatkan doa: "Ya Allah peliharalah diriku dan selamatkanlah aku dari tipu daya cinta zaman ini yang kebanyakkannya penuh dengan kemungkaran seribu satu muslihat serta tipu daya yang licin"

No comments:

Post a Comment