Bila hadir saat berduka, ingatlah Allah tidak pernah lupa menggembirakan hambaNya. Cuma kadangkala hambaNya sahaja yang lupa dan alpa. Kedukaan itu menguji kesabaran atau kerana kelalaian dirinya sendiri....
Memori sepanjang tahun 2011...Lumrah kehidupan seorang insan...Pelbagai drama juga berlaku. Drama yang penuh suka dan duka. Melibatkan orang-orang yang tersayang. Menumpahkan air mata, mengukir senyuman, juga menyebabkan diri ini bergelak ketawa. Pelik tapi benar.
Semuanya berlaku atas takdirNya. Punya hikmah tersendiri. Biarlah masa menyingkap segalanya. Semua kejutan yang mengejutkan dan membuatkan diri ini terkejut adalah lumrah kehidupan. Susah atau senang, mohon Allah jadikan peluang untuk lebih mendekatiNya.
No comments:
Post a Comment