Sunday, January 1, 2012

Bersyukurlah...

Sebagai seorang hamba, jangan kita fikir rezeki yang datang kepada kita semuanya hasil usaha kita. Sebenarnya Allah lah yang memberi rezeki. Cuma kebanyakkan rezeki datang kepada kita melalui hasil usaha kita. Jangan ingat apabila kita berbuat baik maka kerana kita yang sukakan kebaikan dan kerana kita sihat, ada kemudahan dan kelapangan untuk berbuat baik. Sebenarnya Allah yang dengan kasih sayangnya memilih kita dan menguatkan kita untuk melakukan kebaikan. Jika kita sedar dan bersyukur, nikmat-nikmat tersebut akan ditambah dan sekiranya kita lalai dan syok sendiri, maka azab Allah bakal menanti. Berdoalah selalu agar kita sentiasa disayangi Allah.. doa, itu sahajalah hak kita, dan yang lain-lainnya adalah hak Allah.

No comments:

Post a Comment