Manusia tidak perlu bersaing semasa manusia, tetapi manusia perlu bersaing dengan diri sendiri. Bersaing dengan diri sendiri adalah jihad paling besar. Jihad memerangi nafsu masing-masing. Jangan sibuk ingin bersaing dengan musuh lain andai nafsu sendiri belum mampu ditawan.
Itulah erti hidup berasaskan perjuangan. Andai hidup ini asasnya persaingan sesama manusia, maka syurga itu adalah tempat insan yang berjaya mengalahkan penghuni neraka. Namun, Allah itu Maha Penyayang lagi Adil, pemilik mutlak 99 nama suci. Allah menetapkan bahawa penghuni syurga adalah mereka yang menang dalam berjuang. Berjuang melawan nafsu masing-masing. Bukan pemenang mengalahkan manusia lain!
Sunnahtullah menetapkan bahawa kehidupan manusia itu berubah-ubah. Daripada seorang bayi menjadi anak kecil yang seterusnya meningkat dewasa. Orang dewasa yang dikurniakan tenaga dan kecergasan tidak boleh alpa kerana masa tua sedang menunggu setia. Akhirnya, dijemput Izrail ke alam seterusnya sehinggalah kekal di dalam neraka ataupun syurga....
No comments:
Post a Comment