Kerana kasihMU padaku ujian kau titipkan tanda ingatan, kerana sayangMU padaku mehnah kau anugerahkan sebagai pedoman..
Saat yang lain menjauh, KAU masih setia di situ, mendengar keluh-kesah hatiku, mendengar segala luahanku, mendengar rintihan dan ratapan hatiku, mendengar doa-doaku, permintaanku.
Dalam mencari cintaMU, kadang-kadang aku penat dan lelah, tapi KAU tak pernah lelah menanti, kerana kasih dan sayangMU padaku hambaMU. KAU tak pernah jemu dan kau sentiasa setia disisi.
No comments:
Post a Comment