Saturday, January 14, 2012

Kemaafanku Buatmu...

Hati sekeras ini pernah kau lembutkan
berbekal bicara, janji yang rupanya tak berkesudahan
dengan mudahnya juga kau leburkan hati ini hingga ranap kecundang

saat kau merayu untuk dilepaskan,
dengan riak tenang aku membiarkan kau menyusur langkah pergi
padahal betapa berkocaknya jiwaku
hingga pernah disuatu sudut aku rebah bersama tangisan

acapkali kau berdusta 
dengan alasan tak munasabah,
sekelian aku tersenyum melihat kau tergelak disana.

Ku tadah tangan kesyukuran kepada tuhan
kerana menjadikan aku manusia berperasaan 
tanpa berniat sedikitpun untuk menghukum mu.

saat kau tak habis berdusta dan berbohong padaku,
DIA tunjukkan kebenaran dengan musabab  mengapa kau dan aku dipisahkan...

kerana kau bukanlah yang terbaik buatku
tetapi,
kau akan menjadi lebih baik bersamanya..
Insyaallah, tanpa dendam benci dan amarah.
aku cuba mengikhlaskan hatiku.
kemaafanmu kan ku kutip dan ku aduk bersama doa-doa yang mengalir untuk kebahagiaanmu.


Whenever I think of the person who hurt me.. I say, " I have released you, and all the blessings in life are yours." I am free and they are free. It's wonderful!!
I sincerely wish U well and I know Allah swt will guide you in all U ways. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment