Saturday, January 28, 2012
Friday, January 27, 2012
Hargailah Dia....
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Disaat kamu mulai tidak mencintainya…Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..
Disaat kamu mulai bosan dengannya…Ingatlah selalu saat terindah bersamanya..
Disaat kamu ingin menduakannya…Bayangkan jika dia selalu setia..
Saat kamu ingin membohonginya…Ingatlah disaat dia jujur padamu..Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu..
Jangan sampai disaat dia sudah tiada disisimu,Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu..
Yang indah hanya sementaraYang abadi adalah kenanganYang ikhlas hanya dari hatiYang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilangTidak mudah mengejar impianNamun yg lebih susah mempertahankan yg adaKerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga.
Ingatlah pada pepatah,
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”
NOBODY PERFECT...
Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air dari sepatutnya.
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. “Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”. Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu aku telah menyemai benih-benih bunga di laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini”.
Setiap kita mempunyai kekurangan tersendiri. Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.
Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.
Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Monday, January 23, 2012
Friday, January 20, 2012
MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI....
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!
Saturday, January 14, 2012
Kemaafanku Buatmu...
Hati sekeras ini pernah kau lembutkanberbekal bicara, janji yang rupanya tak berkesudahandengan mudahnya juga kau leburkan hati ini hingga ranap kecundang
saat kau merayu untuk dilepaskan,dengan riak tenang aku membiarkan kau menyusur langkah pergipadahal betapa berkocaknya jiwakuhingga pernah disuatu sudut aku rebah bersama tangisan
acapkali kau berdustadengan alasan tak munasabah,sekelian aku tersenyum melihat kau tergelak disana.
Ku tadah tangan kesyukuran kepada tuhankerana menjadikan aku manusia berperasaantanpa berniat sedikitpun untuk menghukum mu.
saat kau tak habis berdusta dan berbohong padaku,DIA tunjukkan kebenaran dengan musabab mengapa kau dan aku dipisahkan...
kerana kau bukanlah yang terbaik buatkutetapi,kau akan menjadi lebih baik bersamanya..Insyaallah, tanpa dendam benci dan amarah.aku cuba mengikhlaskan hatiku.kemaafanmu kan ku kutip dan ku aduk bersama doa-doa yang mengalir untuk kebahagiaanmu.
Whenever I think of the person who hurt me.. I say, " I have released you, and all the blessings in life are yours." I am free and they are free. It's wonderful!!
I sincerely wish U well and I know Allah swt will guide you in all U ways. Insyaallah....
Sunday, January 1, 2012
Beautiful words....
Prayers & Seeds are similar in nature.Both have nothing Within,but have the potential of creating Everything
We always remember the words of hatredWhen we had fight with our friendsbut we often forget the promises we made,when we had beautiful friendship with them
The Best Feeling in the World Is whenyou think that you have been forgotten by your friend.And suddenly you receivea message from your friend saying:I Miss You !!
Success isn’t a matterof being the best and winning the race.Success is a matterof handling the worstand still finishing the race.
I may never be good enough for someone..But I Will be the Best for them who Deserve Me...!!
POSITIVE THINKING is not about EXPECTING
the best to happen,
It is about ACCEPTING that whatever
happens is always for the best.......
Goals are not only absolutely necessary to motivate us.
They are essential to really keep us alive.
Maybe God wants us to meet a few wrong people
before meeting the right one so that
when we finally meet the right person,
we will know how to be grateful for that gift.
The brightest future will always be based on a forgotten past,
you can't go on well in life until
you let go of your past failures and heartaches..
When the door of happiness closes, another opens
but often times we look so long at the closed door that
we don't see the one which has been opened for us.
Many People on the earth gives you -
Crying Tears and Laughing Smiles
But There are few people who give you
Laughing Tears and Crying Smiles
Those very few are called THE REAL FRIENDS
“Value of relation” is not that
how much you feel happy with some one . .
But it is that
how much some one feels ALONE without you!
It is not the experience of today that drives people to despair,
it is the remorse of bitterness for something which happened yesterday
and the dread of what tomorrow may bring.
Live and enjoy one day at a time and that day is today.
People say...
'Find good people & leave bad ones.'
But I change it as..
'Find the good in people & ignore the bad in them'...
because "No one is Perfect....
Your success : It's up to others to believe it's possible.
It's up to you to make it happen.
Marriage is like a garden.
You must keep it watered with love and care.
And keep adding new manure of smile an laugh
to keep the leaves (days)from withering.
The garden becomes paradise.
Life is...
Life is too short to wake up with regrets..So love the people who treat you right..Forget about the ones who don't.Believe everything happens for a reason.If you get a second chance, grab it with both hands.If it changes your life, let it.Nobody said life would be easy,they just promised it would be worth it.
Life is like a Ball,
the Deeper you fall,
the Higher you Bounce....
so when we fall,
remember we are going to Bounce Back
Higher than Before......
HAPPY NEW YEAR !!!
Dreams are a big part of our Livesand You must do whatever it takesto make them a Reality;by the plans you make,the course you take,and the things you do.
Don't dwell on past mistakes.Leave yesterday behind,along with all it's problems,worries and doubts.
Realize you can't change the past,but you can start a new tomorrow.Don't try to do everything at once;take one step at a time,
Don't ever be afraid to try the Impossibleno matter what others may think.Remember you are Uniquein your own special way.
Don't ever stop Dreaming!Don't ever stop wanting what's right for you!
HAPPY NEW YEAR !!!
Berbahagialah...
Bersyukurlah kerana masih ada hari ini,
ketika kelmarin harapan tak menjadi kenyataan,
ketika kelmarin ada kecewa yang menghimpit,
ketika jiwa terasa hampa ....
Berbahagialah kerana masih ada hari ini untuk menjadikannya lebih baik,
berdamai dengan hati
Berfikir dengan tenang
jadikan hidup semakin hidup
berusaha disertai doa.....
Cintai aku...
Cintai aku ...
di setiap malam menjelang
jadikan aku syurgamu
Cintai aku ...
Disetiap hela nafasmu
jadikan aku bahagiamu
Cintai aku ...
Di setiap langkah menuju
Jadikan aku tujuan hidupmu
Cintai aku ...
Disetiap detik jam dinding
Jadikan aku sandaran dalam letihmu
Cintai aku ...
Disetiap sudut hatimu
Jadikan aku pelita hidupmu
Cintai aku ...
sekali saja
biarkan waktu yang mendewasakan kita..
Cinta dan kasihi aku...
Jika kamu mengerti apakah cinta yang tulus,
maka cintailah aku seperti itu.......
Jangan lebih, sebab hanya cinta seperti itu yang ku perlu.....
Jika kamu mengerti apakah kasih suci itu,
kasihilah diriku, seputih kasih itu,
kerana hanya seputih kasihmu yang kumahu......
Terimalah aku...
Wahai Tuhanku…izinkan daku,
Menjadi tetamu di mihrab cinta-MU…
Merintih sayu, meratap pilu,
Pada dosa dan kealpaan dulu…
Wahai Tuhanku…izinkan daku,
Menjadi tamu ke daerah nasuha pada-MU…
Memohon dan meminta,
Agar masih ada ruang kebebasan dari an-nar yang sengsara…
Wahai Tuhanku… izinkan daku,
Menangis pada hamparan sejadah di hadrat-MU,
Merayu redha-MU, mengemis cinta dari-MU…
Wahai Tuhanku…izinkan daku,
Melayar bahtera ramadhanku…
Melunaskan segala rinduku pada-MU,
Menuju pulau cinta milik-MU,pemilik segenap cinta….
…amin…
Lautan...
Cacing berada di dalam LAUTAN tanah, tetapi ia tidak menyedarinya. Ikan berada dalam LAUTAN air, tetapi ia tidak menyedarinya. Manusia berada dalam LAUTAN udara, tetapi kita juga tidak menyedarinya. Hanya setelah orang memberi tahu yang kita sedang berada dalam lautan udara, barulah kita menyedarinya, kerana selama ini yang kita tahu hanyalah lautan air, iaitu yang dinamakan laut.
Kita juga sebenarnya sedang berada dalam LAUTAN ruang langit iaitu angkasa lepas, kerana bumi itu sendiri dan ruang di sekelilingnya berada di tengah-tengah lautan angkasa lepas. Kita tidak pernah menyedarinya, kecuali setelah diberitahu oleh seseorang. Langit dan isinya pula berada dalam LAUTAN rahmat dan kasih sayang Allah.
Hanya PadaMU..
Kerana kasihMU padaku ujian kau titipkan tanda ingatan, kerana sayangMU padaku mehnah kau anugerahkan sebagai pedoman..
Saat yang lain menjauh, KAU masih setia di situ, mendengar keluh-kesah hatiku, mendengar segala luahanku, mendengar rintihan dan ratapan hatiku, mendengar doa-doaku, permintaanku.
Dalam mencari cintaMU, kadang-kadang aku penat dan lelah, tapi KAU tak pernah lelah menanti, kerana kasih dan sayangMU padaku hambaMU. KAU tak pernah jemu dan kau sentiasa setia disisi.
Kesempatan...
Kesempatan tidak selalunya ada. Kadang-kadang datang kadang-kadang tidak. Kesempatan yang berbuat baik sangat mahal harganya. Janganlah kita lepaskan ia begitu saja. Kerana kesempatan itu adalah anugerah dari Allah, yang sewajarnya disyukuri. Bersyukur itu ialah ambillah kesempatan itu. Kadangkala kesempatan yang kecil itu adalah permulaan usaha yang besar. Orang yang tak sempat mengambil kesempatan yang baik kerap kali menyesal, kerana kesempatan yang pernah muncul dalam hidupnya tak muncul-muncul.
Monolog....
Pahit manis merupakan asam garam dalam kehidupan... kadangkala kita selalu merasakan diri kita yang terbaik. ...menolak segala yang datang kerana kita rasa kita mampu untuk melakukannya tanpa bantuan sesiapa. Namun, kita seringkali terlupa bahawa kita bukanlah dicipta bersendirian di bumi Allah ini..
Manusia sering alpa saat kejayaan datang bertamu... walhal, itu sebenarnya merupakan ujian kecil buat dirinya. DIA ingin melihat apakah kita ini seorang hamba yang bersyukur tatkala nikmat dikurniakan atau kufur. Bibir mudah melafazkan keikhlasan namun keikhlasan sebenar yang datangnya dari dalam hati kita, hanya Allah yang mampu menilainya.
Jika kita berbuat baik untuk mendapatkan nikmat syurga semata-mata, sia-sialah ia.... berbuatlah kebajikan utnuk mendapatkan mardhatillah.. nescaya kedua-duanya akan kita miliki..
Peliharalah hubungan sesama manusia kerana ia merupakan salah satu jalan untuk kita merapatkan hubungan dengan Allah..... tidak rugi memohon maaf berbanding menanggung penyakit hati yang datangnya tidak kita sedari..
Maaf adalah penghujung sabar....
Memori 2011...
Memori sepanjang tahun 2011...Lumrah kehidupan seorang insan...Pelbagai drama juga berlaku. Drama yang penuh suka dan duka. Melibatkan orang-orang yang tersayang. Menumpahkan air mata, mengukir senyuman, juga menyebabkan diri ini bergelak ketawa. Pelik tapi benar.
Semuanya berlaku atas takdirNya. Punya hikmah tersendiri. Biarlah masa menyingkap segalanya. Semua kejutan yang mengejutkan dan membuatkan diri ini terkejut adalah lumrah kehidupan. Susah atau senang, mohon Allah jadikan peluang untuk lebih mendekatiNya.
Bila hadir saat berduka, ingatlah Allah tidak pernah lupa menggembirakan hambaNya. Cuma kadangkala hambaNya sahaja yang lupa dan alpa. Kedukaan itu menguji kesabaran atau kerana kelalaian dirinya sendiri....
Kenali diri...
Manusia tidak perlu bersaing semasa manusia, tetapi manusia perlu bersaing dengan diri sendiri. Bersaing dengan diri sendiri adalah jihad paling besar. Jihad memerangi nafsu masing-masing. Jangan sibuk ingin bersaing dengan musuh lain andai nafsu sendiri belum mampu ditawan.
Itulah erti hidup berasaskan perjuangan. Andai hidup ini asasnya persaingan sesama manusia, maka syurga itu adalah tempat insan yang berjaya mengalahkan penghuni neraka. Namun, Allah itu Maha Penyayang lagi Adil, pemilik mutlak 99 nama suci. Allah menetapkan bahawa penghuni syurga adalah mereka yang menang dalam berjuang. Berjuang melawan nafsu masing-masing. Bukan pemenang mengalahkan manusia lain!
Sunnahtullah menetapkan bahawa kehidupan manusia itu berubah-ubah. Daripada seorang bayi menjadi anak kecil yang seterusnya meningkat dewasa. Orang dewasa yang dikurniakan tenaga dan kecergasan tidak boleh alpa kerana masa tua sedang menunggu setia. Akhirnya, dijemput Izrail ke alam seterusnya sehinggalah kekal di dalam neraka ataupun syurga....
Bersyukurlah...
Sebagai seorang hamba, jangan kita fikir rezeki yang datang kepada kita semuanya hasil usaha kita. Sebenarnya Allah lah yang memberi rezeki. Cuma kebanyakkan rezeki datang kepada kita melalui hasil usaha kita. Jangan ingat apabila kita berbuat baik maka kerana kita yang sukakan kebaikan dan kerana kita sihat, ada kemudahan dan kelapangan untuk berbuat baik. Sebenarnya Allah yang dengan kasih sayangnya memilih kita dan menguatkan kita untuk melakukan kebaikan. Jika kita sedar dan bersyukur, nikmat-nikmat tersebut akan ditambah dan sekiranya kita lalai dan syok sendiri, maka azab Allah bakal menanti. Berdoalah selalu agar kita sentiasa disayangi Allah.. doa, itu sahajalah hak kita, dan yang lain-lainnya adalah hak Allah.
Minda Positif...
Kekuatan bukan semata mata datang dari ungkapan kata kata positif..tetapi apa
yang lebih penting bagaimana kita mampu mengawal pemikiran dan perasaan
negatif apabila menghadapi kegagalan..kehilangan..kekecewaan..bagaimana kita
mahu menerangkan pada diri kita bila situasi begini berlaku tanpa ada emosi negatif?
Hapuskan semua emosi negatif dengan menganggap semua kekecewaan ini hanya
bersifat sementara. Ubah bisikan hati daripada memikirkan masalah kepada mencari
penyelesaian..hadapilah semua kesukaran dengan kesabaran..hapuskan pemikiran
negetif dari minda..Janganlah berputus asa dari Rahmat ALLAH...
bersifat sementara. Ubah bisikan hati daripada memikirkan masalah kepada mencari
penyelesaian..hadapilah semua kesukaran dengan kesabaran..hapuskan pemikiran
negetif dari minda..Janganlah berputus asa dari Rahmat ALLAH...
A good One...
The Moment you are in Tension
You will lose your Attention
Then you are in total Confusion
And you will feel Irritation
Then you will spoil personal Relation
Ultimately, you won't get Co - Operation
Then you will make things Complication
Then your blood pressure may raise Caution
And you may have to take Medication
Instead, understand the Situation
And try to think about the Solution
Many problems will be solved by Discussion
This will work out better in your Profession
Don't think it's my free Suggestion
It's only for your Prevention
If you understand my Intention
You will never come again to Tension...
Subscribe to:
Posts (Atom)