Jika terjadi sesuatu musibah atau dianiayai orang, kita perlu lakukan postmortem dahulu. Carilah punca Mengapa kita selalu dianiayai..Mungkin itu satu kelemahan kita. Allah tidak suruh kita menyerah bulat-bulat kepada takdir atau bersabar tanpa sebab. Jika disebabkan oleh kelemahan diri, kita perlu memperbaikinya. Tetapi setelah di usahakan tetapi terjadi juga tanpa disangka-sangka itu maknanya Allah membuka pintu hati orang itu untuk menguji kita . Oleh itu sabar kena ada caranya dan menyerah juga ada sebabnya. Jangan sampai kita sebagai orang Islam, dipandang lemah tidak boleh bangun untuk menegakkan keadilan. Setelah diusahakan, dengan doa kepada Allah, barulah kita bertawakkal. Islam itu agama yang sempurna. INGATLAH...HATI MANUSIA ITU LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH berbanding dengan jarak jantungnya sendiri. Oleh itu mohon kepada Allah untuk menutup pintu hati orang itu dari menganiayai kita mohonlah kepada Allah supaya membuka pintu hati orang tersebut supaya bertaubat jika ia bersalah. Jika ada kemusykilan yang tidak dapat diselesaikan secara musyuawarah, lakukanlah solat hajat disamping solat istikharah..
Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh
kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Iman dan
ujian, sentiasa lazim berlaziman. Tidak ada ganjaran tanpa ada
kesusahan. Sebaiknya, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi
kesenangan yang abadi di syurga
No comments:
Post a Comment