Friday, June 29, 2012

Kebahagiaan...

Kebahagiaan……

Biarlah ia sentiasa mengiringiku

Di saat aku jatuh….

Di saat aku lemah….

Tak kan mudah ku mengalah

Pada dugaan di dunia…

Tak kan mudah ku rebah

Pada cabaran yang mengasak jiwa….

Kerana…..

Kekuatan adalah rinduku…

Keberanian adalah cintaku….

Kesungguhan adalah kasihku….

Hanya pada-Nya cinta

yang abadi….

Rinduku pada manusia tak se gah rinduku padaNya

Cintaku pada manusia tak se gah cintaku padaNya

Kasihku pada manusia tak se gah kasihku padaNya

Kerana….

Kebahagiaan hanyalah padaNya…

Biarlah rinduku bertebaran…

Mencari destinasi pasti…

Dalam rinduku terselit nama-Mu

Dalam cintaku tersimpan kasih-Mu

Dalam bahagiaku menggunung rahmat-Mu

Akan ku simpan kerinduan ini….

Menjadi mahar kebahagiaan

Hanyalah pada-Mu…….

“Seindah makna terselit namamu,secantik peribadi lukisan diri….”


Saturday, June 23, 2012

Kehidupan..

Terlalu asyik merintih segala duka dan kekecewaan lampau bukanlah suatu langkah yang bijak didalam meniti sebuah kehidupan. Arus dan rintangan ini hanyalah ujian sebagai menguji kekuatan dalam sanubari insan. Saintifik sebuah kehidupan itu belum boleh ditafsir selengkapnya. Apa yang pasti,hidup ini sebuah medan persinggahan dalam perjuangan. Senyuman kegembiraan itu persis beriringan bersama luka dan airmata. Inilah realiti kehidupan. Ayuh buktikan pada mereka, kejayaan itu bukanlah hadir dari kemewahan hidup!

Friday, June 22, 2012

Segala Perasaan itu Indah jika......

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih  itu indah..jika sedih  itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...

JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH  jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN  ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..

SERAHLAH DIRI  kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...

JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA  DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari  REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari  KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua  akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…

Amin Ya Rabbal Alamin..

Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata

Duka Seorang Insan...

Lapanglah hati,
Tenanglah jiwa...
Setiap yang datang tidak diminta,
Kegembiraan datang selepas kehilangan,
Kedukaan tiba dengan kekecewaan,
Datang & pergi itulah hakikat kehidupan
Realitinya, bertemu tidak diundang & dirancang
Berpisah tanpa alasan & tafsiran,
Meninggalkan dihati pelbagai persoalan

Sabarlah hati,
DIA Tahu dirimu mampu mengharungi mehnah
Walau menempuhi naluri & sanubari seorang wanita
Semua itu pasti ada hikmahNYA yang tersembunyi

Masakan setelah gagal dan jatuh cinta
DIA datangkan hamba memberi semangat dan kebangkitan

Kini...
Entah kemana membiarkan perasaan dengan kesengsaraan dan kehancuran
Harungilah cabaran dengan tabah
Tiada lagi kekesalan mahupun kedukaan yang perlu disimpan
Kerana kepahitan dan pengalaman ini yang membawa kepada kelalaian

Cukup mengajar erti sebenar cinta dan kehidupan yang berpaksikan kepada Allah dan Rasulullah.
Menyingkap tabir hati,
Menyelami perjalanan insani
Merentas lorong berliku
Melalui Penyelusuran mujahadah dan muhasabah.

Inilah dari yang diriku idamkan
Setelah puas meredah nafsu duniawi
Cukuplah DIA bagiku dan
CintaNYA mengiringi kembara hidupku

Aku Malu Sendiri

~✿>> Kamu LELAKI SOLEH, DISANJUNG dan DIHORMATI RAMAI..memiliki iman yang INDAH tetapi aku SEORANG WANITA yang berduka, solehahku tidak pasti..masih cuba MEMPERBAIKI DIRI..jauh di sudut hati, aku ingin MEMILIKI seorang lelaki soleh yang HALAL buat diriku..

Aku MALU sendiri, sekarang aku dalam PERUBAHAN..mengenal Penciptaku, mengenal agamaku, mengenal tujuan hidupku..aku kini sedang BERUSAHA, tetapi aku hanya mampu MENGAGUMIMU dari jauh dan itu CARAKU..aku lebih PERCAYA, LELAKI SOLEH adalah UNTUK WANITA YANG SOLEHAH..♥♥

justeru itu, jangan takut untuk berubah. jangan takut untuk tinggalkan kehidupan lama jika ia hanya menjanjikan kemanisan dunia. jangan malu berdoa dan mengharap pada ALLAH yang Maha Esa.... Yakinlah pada ketetapanNYA. jika "si dia" ada untuk diri kita Pasti ada jua nanti biiznillah..

Thursday, June 21, 2012

Mencari Teman Hidup..

Dalam hidup yang penuh berliku ini, aku adalah seorang hamba Allah yang tidak kuat untuk menempuh semuanya secara bersendirian.. mungkin ada yang akan berkata Allah sentiasa bersama kita.. namun aku adalah manusia biasa yang terlalu tipis imannya.. aku perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang aku pendam.. ya aku telah jumpa dengan pelbagai manusia menasihati diriku ini, namun pabila mereka menghilang, aku merasakan diriku keseorangan kembali..sepi tanpa sesiapa seseolah dunia kelamku rasakan .
kadang kesepian yang mendalam secara tiba-tiba menyerbu juga walau kita ramainya kawan..
mungkin kesepian itu mesej dari tuhan untuk merenung sejenak..
kadang demi mnyedapkan hati, kita berkata "Allah sentiasa bersama"
mungkin tanpa sedar, kata-kata itu yang paling menyedapkan hati dan jiwa..
kadang terasa ujian terlalu tebal sedangkan iman terasa nipis
mungkin kerana ujian itulah kenal lawan dan kawan
mungkin kerana ujian itulah muhasabah sentiasa bersama tuhan
kadang terasa perlunya seseorang demi apa yang dipendam..
mungkin tanpa sedar ketika itu sifat lemah insan masih dipegang
mungkin ketika itu tanpa sedar, fitrah masih membajai jiwa...
alhamdulillah
kadang lemah saat hilang teman bicara hati..
mungkin hilang mereka bersama harapan membangun kembali..
mungkin hilang mereka kerna harapan mereka untuk kita..
mungkin hilang mereka demi bangun generasi lain..
mungkin hilang mereka buat kita sedar akan adat yang fana
akan berpisah..
akan sepi..

tapi melangkah dengan senyum tabah lebih bererti dari segala mungkin diatas..

Redhalah...

Apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.

Apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.

Orang lain mungkin tak akan pernah tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,
tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.

Biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.

Redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.

Siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
Pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Allah.

Berdamailah Dengan Takdir

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”

Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

Belajarlah...

"“Belajarlah melupakan orang yang melupakan kamu, belajarlah memaafkan orang yang menyakiti hatimu, belajarlah menjadi manusia yang terbaik untuk orang yang disayangi, …. Belajarlah untuk tersenyum bila orang yang anda sayangi menyayangi orang lain”

Di saat Aku Mencintaimu...

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.............

Utopia - Maafkan Diriku (Afee Utopia)

HATI SEORANG WANITA...

Hati wanita itu kata orang keras-keras kerak nasi. Kena air sikit, cair la... Tak dinafikan, wanita itu hatinya lembut, sensitif. Sangat mengambil berat walaupun akan hal yang kecil. Hatinya mudah ditawan andai diberi lebih perhatian.


Namun, lembutnya hati wanita itu, teramat teguh pabila mencintai seseorang. takkan berubah walau dihempas ombak tsunami sekalipun. Namun ia bak sekeping kaca yang nipis. Mudah sekali berderai jika dipermain insan yang dicintai. Pecahnya sekeping hati tidak mungkin lagi dicantum kembali.

Hati wanita itu ibarat pohon yang tetap setia di tempatnya sehingga ke akhir hayatnya walau waktu terus-terusan berlalu, walau zaman telah berubah. Wanita itu sekali jatuh cinta ingin kekalnya selamanya. Walau ada yang berkata, jangan mencintai 100%, namun bagaimana mungkin diri ingin menghalang jika cinta telah diserah 120%?


Hati wanita itu tak punya vitamin K yang bisa membentuk proses pembekuan darah. Sekali ia terhiris, lukanya terus berdarah hingga kering hatinya. Lalu, harus bagaimana hatinya ingin dibuka untuk insan lain bila hatinya tandus bak sahara?

 
Sering diperkata, diam wanita itu bererti setuju. Namun bisu wanita itu maknanya tiada lagi sekeping hati padanya. Seluruh dunia ini dirasakan kosong tanpa apa yang dipanggil cinta.

tu semua kata orang, namun Allah itu Maha mengetahui hati-hati hamba-Nya. Hati wanita yang lembut, sensitif, setia itu cukup kena akan fitrah wanita yang dicipta sebagai ciptaan yang sangat cantik, seindah hiasan di dunia menjadi pendamping ar-rijal, penyejuk mata sang zauji. Mampu merubah dunia melalui kelembutan yang dimiliki. Ingatlah, sekali terjatuh, begitu payah untuk bangkit kembali, namun seorang wanita itu, hatinya kuat. Mampu menenangkan orang di sekeliling walau hati terasa walang. Tiada pengubat hati terbaik selain zikrullah dan tilawatul Qur'an. Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta pada yang haq yakni Allah. Andainya tiada cinta di dunia ini untuk hati seorang wanita, maka ingatlah, Allah masih tetap setia mencintaimu. Rabutlah cinta agung itu, mudah-mudahan Allah mengurniakan seseorang yang mencintaimu kerana hatimu, bukan parasmu, bukan jua hartamu.

Tuesday, June 12, 2012

Menggembirakan orang lain

Saya suka memerhatikan manusia. Kehidupan manusia amatlah unik dan menarik. Pada manusia, ada kelebihan yang memang tidak ada pada makhluk lain. Antara kelebihan manusia adalah hati. Hati manusia ini bergerak dalam keadaan yang unik. Antara yang unik adalah perasaan manusia kepada manusia lain.

Kadang-kadang, secara tidak kita sedari, kehidupan manusia lain mampu memberikan kesan kepada kehidupan kita. Bila manusia lain gembira, kita turut senang hati. Bila manusia lain kesedihan, kita turut berduka kasihan. Perasaan ini wujud dalam keadaan fitrah, kecuali bagi fitrah mereka yang telah dicemari dengan hasad dengki dan kebencian.

Sebab itulah, saya hendak menimbulkan persoalan.

Siapakah yang nampak bahawa, menggembirakan orang itu adalah satu keperluan?

Semestinya, gembira yang saya maksudkan di sini bukanlah gelak ketawa mengilai macam pontianak dalam cerita-cerita yang biasa kita lihat. Bukan juga ketawa berdekah-dekah guling-guling hingga lupa segalanya. Tetapi gembira yang saya maksudkan adalah percikan harmoni di dalam hati, yang kemudian menimbulkan satu suasana yang menyenangkan lagi menenangkan.



Saya lihat sendiri dalam kehidupan saya, interaksi antara manusia banyak memainkan peranan, memberikan kesan. Kalau semua orang di sekeliling saya gembira, maka saya akan turut jadi bersemangat. Kalau semua orang di sekeliling saya bersedih, saya akan turut gelisah. Tambahlah jika ada konflik yang berlaku, atau wajah sahabat menunjukkan mimik yang tidak menyenangkan, sememangnya hati tidak akan tenang.

Maka, sepatutnya, tugas kita sebagai salah seorang dari manusia yang hidup di tengah-tengah manusia lain adalah, mewujudkan suasana harmonis sesama kita. Sebarkan kegembiraan kepada semua. Kalau boleh, kita tidak mahu ada yang bermuram durja. Perlu sebenarnya dalam hati kita rasa susah jika melihat wajah orang yang sugul dan bermasalah.

Rasa ini, tidak akan muncul jika kita tidak menganggap manusia itu adalah sebahagian dari saudara kita. Rasa ambil berat, dan hendakkan semua orang bahagia dan gembira ini hanya akan muncul dengan pacuan rasa persaudaraan yang tinggi.



Adakah kita mempunyai perasaan sedemikian rupa?

Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita menyebarkan kebahagiaan ini.

“ Engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah” Hadith riwayat Bukhari.



“ A smile, is a charity

Like a million bucks to the refugee”

When Angel Lower Their Wings, Outlandish

Kita sentiasa tahu bahawa kita ini bersaudara. Saudara atas dasar iman dan aqidah. Tetapi, sejauh manakah rasa persaudaraan itu berakar umbi dalam kehidupan kita? Adakah kesukaran yang dilalui oleh orang lain tidak memberikan kesan kepada kita? Adakah kesenangan manusia lain hanya mengundang cemburu kepada kita?

Harmonis telah dibunuh oleh sifat ananiah manusia sebenarnya. Malah, sebahagian manusia mula merasa bahagia dengan kesedihan orang lain, dan benci pula denngan kejayaan manusia lain. Rasa yang buruk lagi keji inilah yang mengoncangkan keamanan kehidupan insan.

Memang, akan ada yang menyatakan bahawa menggembirakan manusia lain hanyalah satu tindakan yang tidak praktikal, tidak realisitik. Hal ini kerana, zaman kini, manusia semua hidup sendiri-sendiri. Kalau kita kisah pada mereka pun, mereka tidak akan kisah kepada kita. Tetapi, siapakah yang pernah mencuba untuk menggembirakan orang lain dengan sepenuh usaha?

Hati manusia ini, ibarat magnet yang berlainan kutub sebenarnya. Tetapi, dua magnet ini tidak akan bercantum, sekiranya tiada yang menggerakkannya. Jadi, siapakah yang berusaha untuk menggerakkan? Kita selalu bercakap akan harapan untuk melihat penyatuan, kita selalu melaung-laungkan berkenaan kesatuan. Maka, di manakah gerakan kita? Kalau sekadar bercakap teori sahaja, tidak akan menggerakkan kita ke mana-mana.

Nah, apa lagi yang kalian tunggu?

Gembirakanlah manusia di sekeliling anda, keluarga anda, sahabat anda, guru-guru anda. Gembirakanlah mereka dengan akhlak anda yang bersih, gembirakan mereka dengan fikrah anda yang sohih, gembirakanlah mereka dengan senyuman anda bersama pandangan anda yang jernih. Semoga, kegembiraan ini berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Mari mulakan, dengan senyuman.

Menepis Irihati Orang lain

Jika terjadi sesuatu musibah atau dianiayai orang, kita perlu lakukan postmortem dahulu. Carilah punca Mengapa kita selalu dianiayai..Mungkin itu satu kelemahan kita. Allah tidak suruh kita menyerah bulat-bulat kepada takdir atau bersabar tanpa sebab. Jika disebabkan oleh kelemahan diri, kita perlu memperbaikinya. Tetapi setelah di usahakan tetapi terjadi juga tanpa disangka-sangka itu maknanya Allah membuka pintu hati orang itu untuk menguji kita . Oleh itu sabar kena ada caranya dan menyerah juga ada sebabnya. Jangan sampai kita sebagai orang Islam, dipandang lemah tidak boleh bangun untuk menegakkan keadilan. Setelah diusahakan, dengan doa kepada Allah, barulah kita bertawakkal. Islam itu agama yang sempurna. INGATLAH...HATI MANUSIA ITU LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH berbanding dengan jarak jantungnya sendiri. Oleh itu mohon kepada Allah untuk menutup pintu hati orang  itu dari  menganiayai kita  mohonlah kepada Allah supaya membuka pintu hati orang tersebut supaya bertaubat jika ia bersalah.  Jika ada kemusykilan yang tidak dapat diselesaikan secara musyuawarah, lakukanlah solat hajat disamping solat istikharah..
Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Iman dan ujian, sentiasa lazim berlaziman. Tidak ada ganjaran tanpa ada kesusahan. Sebaiknya, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga

Hanya Dia Bertakhta di hati..

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.

Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.

Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"


Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "


Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

Wahai Diri..sedarlah..

Wahai Diri...

Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia.

Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini. Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia ALlah, Dia tidak mahu kita meyakini bahawa kita akan kekal di alam ini.

Wahai Diri...

Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu selama ini benar-benar mendapat redhanya ALlah? Atau ia mengundang kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada ALlah apabila membuat dosa. Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni ALlah serta mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka.

Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan.

ALlah telah berfirman yang bererti :

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
(Surah al-Mulk ayat 2)

Wahai diri... Ingatlah, bahawa dunia ini semakin sampai ke penghujungnya. Dan kita semua pasti akan hancur binasa, berpindah ke alam lain dan dibangkitkan untuk menerima buku amalan masing-masing. Samada di kanan ataupun di kirinya..

Finding Joy Movie

Finding Joy Movie: Helen Keller said, "The best and most beautifiul things in life cannot be seen, not touched, but are felt in the heart." Some of the most beautiful things in life are also the most simplistic.

Monday, June 4, 2012

May You Be Blessed Movie

May You Be Blessed Movie: "Sometimes our light goes out but is blown again into flame by an encounter with another human being. Each of us owes the deepest thanks to those who have rekindled this inner light." This is a quote from Albert Schweitzer, but it captures the essence of what "May You Be Blessed" is all about.

Friday, June 1, 2012

The Butterfly Effect Movie

The Butterfly Effect Movie: I can count on one hand the times in my life when I heard a story and...could not stop thinking about it! The Butterfly Effect story was one of those times. In a word, it's AMAZING! After watching you'll appreciate how we are all connected and everything you do matters!

Attitude is Everything Movie

Attitude is Everything Movie: Attitudes truly are contagious! Is yours worth catching? Take a 3 minute break to learn how to stay positive because our attitude not only impacts our own happiness but impacts the happiness and success of all the people around us...family, friends, and peers at work.

I love you...

I love u when you are happy
   I love u when you are sad
  I love u when you are laughing
  I love u when you are mad
  I love u when you are playful
 I love u when you are caring
but the reason why I love you because you are you !!
Its hard to find someone whom you truly love, much less to find someone who loves you as much. When the chance comes, don’t ever let go.

In Life...

In life,
Don’t expect anything from anyone.
Because expectation,
When not fulfilled,
Gives you pain.
When you get something without expecting it,
It gives you pleasure.
Keep doing your part
And leave the rest to God.
Give yourself a chance,
Give yourself the moment,
Give yourself the freedom,
Give yourself the power,
Give yourself the confidence,
Live for today not for tomorrow,
Live the EXTREME !!!!!!!
Because you got yourself only one life.. LIVE IT !  

Life is really easy,
if U do not have a lot of demands,
Keep things simple, and within  your means,
Life will flow with less burdens.

Somebody

Somebody is thinking of you.
Somebody is caring about you.
Somebody misses you.
Somebody wants to talk to you.
Somebody is very proud of you.
Somebody wishes you were here.
Somebody needs you to have faith in them.
Somebody trusts you.
Somebody hears a song that reminds them of you.
Somebody hopes everything turns out great for you.
Somebody wants you to know they are there for you.
Somebody can’t wait to see you.
Somebody loves you for who you are.
Somebody wants you to be happy.
Somebody sends you a smile!
Somebody is glad to have you for a friend! And that somebody is ME !!!