Friday, April 27, 2012

Doa Yang Indah...

Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya."

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
"Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara."

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari."

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
"Tidak. Allah memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung padamu."

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu mendekat pada Allah."

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
"Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Allah akan memangkas untuk membuatmu berbuah."

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Segala Perasaan itu Indah jika....

Cinta itu indah..jika cinta itu kerana ALLAH..kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..

Rindu itu indah…jika rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…

Kegembiraan itu indah..jika gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu gembira…

Sedih  itu indah..jika sedih  itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu sedih…

Bosan itu indah..jika bosan itu kerana ALLAH..kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu bosankan…

Kesibukan itu indah..jika sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang kamu sibukkan…

Sakit itu indah..jika sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang menyakitkan kamu…

Benci itu indah..jika benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian  itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa  sahaja yang membuat kamu benci…

Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

Maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...

JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa kamu...atas segala yang diperbuatkan oleh kamu..
dan KEMBALIKANLAH SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH  jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia MEMBERI KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu...dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...

Jika perasaan itu MENAMBAHKAN DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN  ..hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di 'sana' nanti..

SERAHLAH DIRI  kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH, ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…

Percayalah, ALLAH TIDAK PERNAH menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...

ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI kepada NYA...kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...

JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA  DIA di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari  REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari  KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita semua  akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…

Amin Ya Rabbal Alamin..

Indahnya...

❤ Jangan marah saat ada yang MENGHINA, doakan hinaan berbalik menjadi KEMULIAAN.
❤ Jangan marah saat ada yang MEMBENCI, doakan kebencian menjadi KASIH SAYANG.
❤ Jangan marah saat ada yang MENYAKITI, doakan sakit itu berubah menjadi KEBAHAGIAAN.
❤ Jangan marah saat ada MASALAH, doakan masalah kita menjadi ladang AMAL yang bermanfaat~~

Andai tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri dan dengki itu dapat memberikan mudharat, maka tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

Lelaki Idaman Wanita

Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki

Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas dan bersih.
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

About Love n Love...

Everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with your life in their hands
There's will be somebody for you like that
Nobody wants to do it on their own
And everyone wants to know they're not alone
There's somebody else that feels the same somewhere
There's will be somebody for you out there

AKU DAN KAMU....

Dalam sebuah pertemuan takdir yang Esa
Aku mengenalimu
Mata kita bertemu
Keperibadianmu memaut hatiku...
Dari situ aku mula merasakan sesuatu...
Dari rasa ingin mengenalimu...
Terpancar perasaan menyayangimu...
Dari rasa sayang ku kepadamu...
Lahirlah rasa kasihku kepadamu kekasih...
Hadirnya perasaan kasih dalam jiwaku...
Membuat aku mengerti perasaan bagaimana aku menyayangimu...
Tanpa rasa sayang dan kasih aku tidak mungkin akan mencintaimu...saat ini..
Cintaku kepada mu adalah sebuah cinta yang tulus suci...
Cintaku kepada mu bukan cinta yang mengandungi kemurkaan ALLAH..
Tapi cintaku kepada cinta bersulam cinta kepada ALLAH yang Esa...

Ya Allah seandainya dia ditakdirkan menjadi milikku...
Jadikanlah aku menjadi miliknya sehingga akhir hayatku...
Jadikanlah aku pasangan dan bidadarinya disyurga...
Semaikanlah kasihku,cintaku,rinduku dan sayangku kepadanya seluas lautan...
Semaikanlah cintanya,kasihnya,rindunya dan sayangnya terhadap ku seindah dan seharuman syurga...
Peliharalah cintaku dan cintanya antara kami...
Semoga cinta kami bersatu dalam ikatan pernikahan...
Restuilah hubungan kami YA ALLAH supaya menjadi pertalian halal...
Berkatilah kami YA ALLAH dalam meneruskan syariatmu...

YA ALLAH
Seandainya dia ditakdirkan menjadi kekasihku,
Maka Pelihara cintaku kepadaMu agar tidak melebihi cintaku kepadaMU...
Jadikanlah cintanya kepadaku sebagai cintanya kepadaMU meningkatkan ketaqwaannya

Tuesday, April 24, 2012

Pahit itu Ada Manisnya

Kebenaran itu nyatanya pahit untuk di luah apatah lagi untuk di telan. Namun begitu kebenaran itulah yang membawa erti pada sebuah kejujuran. Kejujuran menjadi kayu ukur dalam sesebuah perhubungan. Tidak kira persahabatan, percintaan mahupun kekeluargaan. Dengan sebuah kejujuran lahirlah kepercayaan yang mengukuhkan lagi ikatan. Renungkan sebentar..Sejauh manakah kita berlaku jujur? Tidak kira pada siapa. Pada Allah, keluarga, kawan-kawan malahan diri kita sendiri. Adakah kita jujur?


Bohong kalau aku katakan aku seorang yang jujur. Mungkin sekarang aku sedang cuba menjadi seorang yang jujur. Seorang yang berterus-terang dan mungkin lebih telus dengan perasaan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, untuk seketika terlintas dalam hatiku ‘adakah aku akan berjaya merubah diri ini tanpa melibatkan campur tangan orang lain?’. Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan. Aku juga bisa tidak menyedari kesilapan andai tidak ditegur. Justeru, tegurlah aku. Walaupun menyatakannya amat sukar. Itu lebih baik daripada berkata-kata dibelakangku. Mendengar dan menerima suatu kebenaran itu pahit tetapi mengetahui pandangan seseorang terhadap kita dalam diam dan tanpa disengajakan lebih pahit.


Mengapa? Kerana perasaan ‘Oh tidak sangka!’ itu akan muncul dan menganggu fikiran sepanjang masa. Membuat diri menangis dalam diam. La Tahzan. Ingatlah Allah sentiasa bersamamu. Tapi mungkinkah andai ini terjadi aku akan mengingati segala perkataan yang ada dalam buku La Tahzan itu. Mungkinkah pada saat itu aku bisa menyematkan dalam hati yang Allah bersamaku. Jawapannya mungkin tidak! Kerna apa? Kerana aku juga manusia punya hati dan perasaan. Bisa terikut bisikan syaitan yang menghembus di halwa telingaku. Mungkin untuk seketika aku tenggelam bersama perasaanku sebelum akalku mampu berfikir secara waras. Menepis rasa dihati sehingga mampu mengukir sebuah senyuman ikhlas dari hati.

Sebuah Persahabatan

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita rasa dikhianati juga bila dia tidak seperti mana yang diharapkan.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Patutkah dia dihukum oleh kita kerana kesalahannya??
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia.
Tapi kita telah meninggalkan dia kerana kita tidak mahu dilukai lagi.
Sedangkan dia...pernahkah kita terfikir dia turut juga terluka akibat perbuatan kita..

Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
 
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan tak pernah lari dari kesilapan
dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Untuk Sebuah Keterbukaan

Berat...

Senyum itu seakan memiliki erti yang lain saat mata ini tertuju padanya dengan tajam. Tatkala cerita seorang anak manusia dalam sebuah keterbukaan bahawa sebenarnya masih ada sebuah rasa untuk seseorang yang lain. Bukan keraguan yang timbul dalam segumpal darah yang bersemayam dalam tubuh ini, namun sebuah hal yang harus mendapat sebuah jawapan yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan.
Ketika hati ingin mengutarakan sebuah kata yang sebenarnya mata ini sudah mampu untuk mewakilinya dalam suatu untaian gerak dan binarnya, terbesit lagi erti sebuah keyakinan. Memang tak pernah aku rasakan dari apapun yang telah terjadi selama ini, karena memang indra perasa yang ada dalam tubuh ini mengalami sebuah gangguan. Akan tetapi pernahkah terfikir bahawa sakit itu datang dan pergi hanya saat ada sebuah perasaan yang sebenarnya dirasakan oleh mereka yang terikat dalam sebuah simpul merah nan manis?
Haruskah mata ini protes kerana sesuatu yang terlihat di balik fikirnya ini bukan sebuah pemandangan yang tidak sedap?
Haruskah hati ini menjerit kerana sesuatu menggoresnya dengan kasar?
Haruskah akal ini berhenti berfikir kerana sesuatu yang menusuk dan membusuk?

Jiwa - jiwa ini tidak dalam ketenangan.....
Jiwa - jiwa ini sedikit berkurang bahan bakar untuk melaju...
Jiwa - jiwa ini ....

banyak kata yang terucap, namun kadang maksud tak tersirat
banyak tulisan yang tersurat, namun kadang tujuan tak dapat terangkat

hadirlah kembali ketenangan untuk tenangkan jiwa ini
datanglah kelembutan hati untuk membelainya
berikan sebuah kesejukanmu.....

Monday, April 23, 2012

Musibah Beri Peringatan Mendorong Keinsafan

MUSIBAH menguji kekuatan iman seseorang. Orang yang kuat imannya pasti berjaya menghadapi ujian yang tersedia ganjaran besar. Mereka bersabar dan reda dengan ketentuan Allah, menghadapinya dugaan dengan perasaan dan fikiran positif.

Umat Islam perlu sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Apa yang terjadi pasti tersimpan hikmah besar. Anggaplah ia kebaikan dan mengucap syukur apa yang berlaku. Cubalah muhasabah diri dan berfikir sebab berlakunya musibah.

Rasulullah SAW sentiasa memberi pengharapan yang tinggi supaya umatnya tidak berduka cita apabila berdepan dengan musibah. Setiap musibah yang menimpa menuntut kesabaran tinggi untuk menghadapinya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Musibah penyakit banyak hikmahnya. Apabila diuji dengan penyakit dan penderitaan, manusia sedar kekuatan dirinya tidak mampu bertahan selamanya. Manusia mudah lupa jika sentiasa sihat. Bahkan, Firaun mengaku dirinya tuhan antaranya disebabkan dia tidak pernah ditimpa penyakit.

Ujian menderita akibat penyakit memberi kesan psikologi yang mendalam kepada manusia, berbanding dengan ujian lain. Apabila menderita penyakit berbahaya atau rasa kesakitan teramat sangat, maka terlintas mengenai kematian.

Apabila Allah menurunkan ujian, secara langsung mengingatkan kita kepada kekuasaan-Nya. Dia berkuasa menentukan segala yang diinginkan terhadap hamba-Nya. Segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada setiap orang boleh ditarik pada bila-bila masa dengan pelbagai cara.

Musibah adalah peringatan bagi manusia muhasabah diri kerana ujian mendorong perasaan insaf dan memperbanyakkan istighfar supaya tidak terus dalam kelalaian duniawi.

Memohon keampunan Allah boleh menghalang perasaan angkuh dan sombong. Selama ini kita hanya melihat nasib orang lain, dan kini tiba masanya terjadi kepada diri sendiri.

Bertaubat adalah tindakan spontan biasanya dilakukan oleh mereka yang ditimpa musibah. Ia bertepatan dengan sebab Allah menurunkan musibah ke atas diri seseorang sebagai tanda peringatan.

Orang beriman berasa bersyukur dikenakan musibah sebagai ujian atau sebagai menghapuskan dosa yang dilakukan. Antara dosa dilakukan manusia, ada yang Allah hapuskan melalui pembalasan dalam bentuk musibah.

Oleh itu, orang beriman yang memahami konsep balasan dan ujian diturunkan melalui musibah berasakan dirinya sebagai bertuah. Kesakitan di dunia ini menjadi penyelamat daripada kepanasan api neraka pada hari akhirat kelak.

Ketika Rasulullah SAW mengunjungi sahabat sedang sakit, Baginda bersabda yang bermaksud: “Bergembiralah, kerana Allah berfirman: “Inilah neraka-Ku, Aku menganjurkan menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, supaya dia jauh daripada neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Pengampunan dosa melalui musibah hanya jika kita menginsafi musibah itu, yakni menerima musibah dengan reda, sabar dan memohon keampunan kepada Allah. Allah suka mendengar pengharapan dan doa hamba-Nya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami pernah menimpakan azab ke atas mereka, namun mereka tidak tunduk kepada Tuhan dan mereka juga tidak berdoa kepada Allah dengan merendah diri.” (Surah al-Mukminun, ayat 76)

Berdoa adalah ibadat dan jika apa yang didoakan tidak dimakbulkan di dunia, balasan kebaikan tetap diperoleh di akhirat atas apa yang dilakukan. Mungkin juga doa itu dimakbulkan dengan digantikan kebaikan lain.

Mereka yang berasa keluh resah dan mempertikaikan musibah yang menimpa dirinya, maka tidak ada apa kebaikan diraih. Mereka itulah hamba yang benar-benar rugi di dunia dan akhirat. Ujian yang sepatutnya menaikkan darjat di sisi Allah tidak diduduki dengan baik.

Firman Allah yang bermaksud: “Mereka yang ditimpa musibah mengucapkan: “Kita semua kepunyaan Allah dan kepada Allah kita akan kembali. Mereka itulah akan mendapat keberkatan sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan juga orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 156 dan 157)

Kisah Nabi Ayub yang tabah menghadapi ujian ditimpa sejenis penyakit kulit luar biasa patut menjadi renungan. Akibat penyakit itu, keadaan badannya amat menakutkan mata memandang dan orang lain tidak sanggup melihatnya. Seluruh ahli keluarga tidak mahu mendampinginya, kecuali isterinya.

Iblis tidak senang melihat sifat isteri Nabi Ayub yang setia, lantas menggoda supaya dia meninggalkan Nabi Ayub.

Nabi Ayub berdoa agar cita-cita iblis tidak berjaya dan Allah memperkenankan doa Nabi Ayub serta membalas kesabarannya dengan kejayaan.

MOHONLAH KEPADA ALLAH SWT...

Abu Al-Ghifari berkata, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu mengenai apa yang disampaikan daripada TuhanNya, sesungguhnya Dia berkata: “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya aku mengharamkan diriku daripada berlaku zalim dan aku haramkan kamu melakukan kezaliman.Oleh itu, janganlah kamu saling zalim menzalimi antara satu sama lain.
Wahai hamba-hambaku,kamu cenderung melakukan kesesatan, kecuali orang yang aku berikan petunjuk. Minta daripadaKu supaya aku tunjukkan jalan yang benar.
Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orang yang tidak berpakaian, kecuali orang yang aku berikan pakaian. Mintalah pakaian daripadaku supaya aku berikan pakaian.
Wahai hamba-hambaku, kamu melakukan kesilapan siang dan malam, sedangkan aku mengampunkan dosa-dosamu. Mintalah ampun daripadaku supaya aku ampunkan dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku, kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepadaku mahupun kebaikan kepadaku.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga orang paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya bertakwa sebagaimana ketakwaan orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, hal itu tidak menambah walau sedikit pun kekuasaanku.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia ataupun jin, semuanya melakukan kejahatan sebagaimana kejahatan orang yang paling jahat di kalangan kamu, hal itu tidak mengurangkan walau sedikitpun kekuasaanKu.
Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia ataupun jin, semuanya berdiri di satu tanah lapang lalu semuanya memohon kepadaku dan aku pun menunaikan semua permintaan itu, hal itu tidakmengurangi sedikit pun apa yang ada di sisiku sebagaimana tidak berkurangannya air laut yang melekat pada jarum yang dimasukkan ke dalamnya.
Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya amal-amal kamu, akulah yang menghitung untuk kamu dan aku akan sempurnakannya untuk kamu. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang mendapat kebaikan,hendaklah dia memuji Allah. Sebaliknya, sesiapa yang mendapat selain daripada itu, jangan dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri. ( Hadis Riwayat Nawawi ).

Wednesday, April 18, 2012

I will Remember you...

There is not a day when I don’t think of you
and all of what you say,
Though you are far away,
but not too far from my heart,
You not only take my breath away
but stole my soul too
I could forget you..
but I chose not to
You showed me what love is
and the truth
You not only inspired me
but you do care too.
I am far away, so you could be free.
I give you space so you can breathe…
You will always be part of me.
I am glad I’ve known you
and most of all,
I’ve found you!
I will always remember you.

Morning Wishes...

Well this is morning time and cool breeze is blowing outside. Due to heavy rain, the weather becomes colder and somewhat romantic as well. While writing my first blog entry I was thinking about the past, some memories related with morning. That was the time when I had sms on my cell phone in the morning from someone special to say good morning to me.
That was not only a good morning message; it shows the deepest feelings of the other person for me that he prays for me every morning. I wasn’t aware of the morning wishes or quotes but after meeting him and spending time with him, I realized that morning wishes and quotes are the best indicator of someone emotions.
Although I go to sleep late in the night so that’s why couldn’t get up early in the morning but still I wait for a morning sms from him, so that’s the attraction and affiliation.
When you are affiliated with someone you always wait for wishes from him/her on different occasions like birthday events, morning time, night time, rainy day or examination time. Because these small things (not small in real) plays an important role in your life so don’t miss your love by avoiding things like sending morning wishes everyday in the morning.
Think for a while, if you send morning wishes to your loved one in the morning or good night sms in the night, how much happy he/she will be. You cannot imagine these small greeting plays an important role in strengthening your relations.
Overall it was a good experience to write a first blog entry here, but my dear it was written only to show you the importance of morning wishes in our relations. Now I hope you got the idea of morning wishes quotes, I wanted to write more on wishes and specially the morning quotes but I am sleepy and tired now. I will write more on this topic in future
Thanks
Have a Good Day!

Saturday, April 14, 2012

best words...

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki, 
sampai kita kehilangannya, 

tetapi sungguh benar pula bahawa, 
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya. 

Kasarnya Tapak Tangan Ibu...

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan  gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. 
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya  yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti  betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Jarak Antara Dua Hati....

Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Friday, April 13, 2012

Sekadar coretan...

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.
Jika Anda tidak dapat menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya.Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak. Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.
Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
Anda cuma dapat hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.
Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi.Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.Lidah anda yang menentukan siapa anda.Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok.Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannyaSeorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnyaBertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah...Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihatkebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salahBila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payahSemulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan)Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannyaSesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebagiannyaTidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya.Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan wang Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat mahu pun kepada keluarga Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tentram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk

Motivation Quotes....

"Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu"
"Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan"

"Dalam riak wajah ada pancaran dakwah. dalam tutur bicara ada gema tarbiah. dalam gerak langkah ada semangat mujahidah. kita lupakan wajah yang layu. kita tinggalkan bicara pilu. kita kuburkan langkah yang lesu. BANGKIT MENJULANG PERJUANGAN!"
" Sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain..sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa..
setiap kita pasti menanggung dosa & aib sendiri..
berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia.."



Good, better, best, never let it rest till your good is better and your better is best. Success will not lower its standard to us. We must raise our standard to success’
'He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdo. The past cannot be changed. The future is yet in your power’

" Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya..."

Hargailah Kesempatan...

Perempuan yang suci Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah ..Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya..Walaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang Dengan cinta lelaki yang palsu imannya...
Di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seakan melepaskan kita Kepada seorang manusia Yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik...Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

Zamani ft. Sharifah Zarina - Tak Keruan (lirik)

Wednesday, April 11, 2012

Mungkin Dia sebenarnya Temanmu

Kawan, sahabat, rakan, geng, saing, teman, dan bermacam istilah diberikan untuk orang yang boleh berkongsi jiwa dan rasa. Begitu jugalah yang dapat memberikan 'sesuatu' pada diri sendiri. Samada berbentuk input rohani, jasmani, atau juga input buah fikiran.

Kawan amat kuat pengaruhnya pada diri individu. Tambahan pula yang baharu hendak kenal dunia, yang baharu hendak bertatih dalam alam yang selama ini 'asing' bagi dirinya. Dan begitulah siapa sahaja yang berada di sekeliling berpotensi untuk menjadi seorang kawan. Samada beliau boleh diharap atau diri sendiri yang tinggal berharap.

Cuba tanya sendiri - dalam beberapa waktu ini, masih ada atau tidak hubungan hati dengan mereka yang dipanggil kawan, teman, sahabat dan yang sewaktu dengannya itu? Atau sebenarnya perlahan-lahan ingatan terhadap mereka semakin menghilang di telan waktu? Dan jangan terkejut terkadang tiba-tiba menerima sms dari kawan yang dahulu tidak kunjung berita. Cuma kali ini tujuan menyapa adalah untuk membawa 'bisnes punya cerita'. - Sekiranya ini pernah menimpa juga - sabarkanlah dulu jiwa. Semoga ALlah menenangkan hati kita setenang-tenangnya dengan kawan seperti ini.

Untuk mencari kawan memang mudah (ini bagi yang peramah), atau sukar (bagi yang masih 'berat mulut', mungkin juga malu kerana jarang berhubungan dengan manusia) adalah dari diri sendiri juga datangnya. Malahan tentu guru di sekolah pernah berceloteh panjang bercerita tentang bagaimana cara mencari seorang kawan atau teman. Atau ibu dan ayah pernah menasihati 'cari kawan yang macam nih', jangan berkawan dengan orang yang macam itu'. Selagi nasihat dijadikan bekalan insya ALlah selamatlah diri dalam menyelusuri kehidupan. Tetapi jika perkataan yang baik itu hanya lepas di pelipis telinga, takut bahaya sedang menanti di hadapan sana.

Tunggulah juga, di waktu dalam kesusahan, di waktu datangnya ujian, di waktu datang kesedihan. Akan dikenal siapa kawan dan siapa lawan. Biarpun mungkin satu hari nanti bila terjadi 'kekecohan' dengan kawan. Berikan sedikit ruang di dalam hati untuk memaafkan. Masa terlalu sempit untuk berlama-lama dalam bermusuhan.  

Teman itu tak semestinya sentiasa menggembirakan.

Teman itu tak semestinya bersama sentiasa.

Teman itu tak semestinya selalu berbicara.

Teman itu tak semestinya berkorban apa saja.

Teman itu adalah yang di dalam hatimu, doamu, dan ingatanmu.