Saat diri diuji...Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...Ada ketika diri diuji dengan kepahitan hempedu...Dan tidak kurang tatkala kemanisan mengundang ujian...Adakala diri berjaya...Dan ada kala diri tersungkur...Namun... ujian tetap datang bersilih ganti...Ujian kan terus menjadi teman di sepanjang perjalanan...Hingga diri ini dijemput bertemu denganNya...
Ya, hidup tidak dapat lari dari ujian. Saudara kembar yang tidak dapat dipisahkan. Namun Itulah kunci untuk kita mengenali diri kta yang sebenarnya. Mengenali potensi diri kita, untuk kita tingkatkan. Mengenali kelemahan diri kita, untuk diperbaiki.
Ya, ujian juga tidak semestinya dalam dalam keadaan pedih, pahit, sengsara, tangisan dan sebagainya, namun ujian juga datang dalam nada rayuan, pujian, manis, mewah, ketawa dan sebagainya. Persoalannya bagaimanakah kita dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita kuat berhadapan dengan semua ujian ini?
Pada ruangan ini, saya kongsikan bersama ujian yang kebanyakan kita tidak menganggap ia adalah ujian tetapi anugerah dan kesempurnaan. iaitu ujian dalam mengecapi kemanisan dan keriangan.
"Ujian dengan keburukan dan kesusahan itu dapat dimengertikan dengan mudah, kerana tujuan itu untuk mengetahui sejauh mana kesabaran dan ketahanan orang yang diuji, tetapi ujian dengan kebaikan atau kesenangan itu memerlukan kepada satu penjelasan.
Sebenarnya ujian dengan kebaikan da kesenangan itu lebih berat kesannya walaupun manusia melihatnya lebih mudah dari ujian dengan keburukan dan kesusahan.
Ramai orang yang tahan menghadapi ujian dengan keburukan dan kesusahan, tetapi amat sedikit orang yang tahan menghadapi ujian dengan kebaikan dan kesenangan.
Ramai orang yang tabah menghadapi ujian kesakitan dan kelemahan, tetapi sangat sedikit orang yang tahan menghadapi ujian kesihatan dan kekuasaan dan berupaya menahan kekuatan nafsunya yang berkecamuk dalam diri dan sendi tulang anggota-anggota mereka.
Ramai orang yang mampu bersabar menghadapi kesusahan kerana kemiskinan dan penafian, dimana hati mereka terus gagah dan tidak tumbang dan melutut hina, tetapi sangat sedikit mereka yang tahan menghadapi gugatan kekayaan dan keberadaan dan godaan-godaan kesenangan, kenikmatan, nafsu keinginan dan kemahuan-kemahuan yang tamak yang dirangsangkan kekayaan dan keberadaan itu.
Ramai orang-orang yang tahan menerima penderaan dan penindasan. Mereka tidak takut menghadapinya, mereka dapat bersabat menerima ancaman, ugutan dan tidak gentar berdepan dengannya. Tetapi sangat sedikit orang yang tahan menghadapi godaan keinginan nafsu, pangkat kebesaran, kesenangan dan kekayaan.
Ramai orang-orang yang tahan berjuang dan mendapat kecederaan. Tetapi sangat sedikit yang tahan menghadapi kemewahan dan keseronokan, kemudian tidak pula ditimpa penyakit tamak yang membinasakan seseorang dan penyakit senang yang mematahkan segala hemah yang tinggi dan merendahkan jiwa.
Ujian dengan kesusahan kadang-kadang menimbulkan perasaan megah dan merangsang semangat melawan atau daya juang dan mengemblengkan kekuatan urat saraf hingga seluruh kekuatannya dikerah untuk menentang danmengatasi kesusahan itu. Tetapi kesenangan hidup akan membuat seseorang itu mempunyai urat saraf yangkendur dan lemah serta menyebabkan hilang daya waspada dan daya melawan.
Justeru itu ramai orang-orang yang berjaya meleasi peringkat kesusahan. Tetapi apabila mereka hidup senang lenang, maka mereka akan gugur dalam ujian itu. Itulah keadaan manusia kecuali mereka yang dipeliharakan Allah SWT. Mereka merupakan golongan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berikut:

“Keadaan orang mukmin itu amatlah menajubkan, kerana seluruh keadaannya baik belaka. Keadaan itu tidak diperolehi oleh sesiapa pun kecuali orang mukmin sahaja; iaitu jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka kesyukuran itu memberi kebajikan kepadanya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka kesabaran itu memberi kebajikan kepadanya” (HR Muslim).Golongan ini sangat sedikit. Oleh itu kesedaran jiwa semasa diuji dengan kesenangan itu adalah lebih baik dari kesedarannya semasa diuji dengan kesusahan. Dan hubungannya yang tidak terputus dengan Allah SWT semasa kesusahan dan kesenangan itu merupakan satu-satunya jaminan kebaikan".
No comments:
Post a Comment