Wednesday, March 14, 2012

Masihkah Ada Waktu...?

Setiap orang ada peluang. Peluang yang dicipta dan peluang yang diberikan. Namun adakalanya peluang itu tiba ketika kita tidak bersedia, maka acapkali peluang-peluang yang ada pergi begitu sahaja. Soalan saya; apakah peluang yang kita ada?
PELUANG YANG HARUS DIHARGAI
Peluang 1; Hidup sebagai seorang manusia. >> yang perlu menjadi khalifah. adil pada manusia dan alam dalam masa yang sama taat kepada Pencipta.
Peluang 2; Hidup sebagai seorang Islam. >> yang perlu sentiasa mengasihani saudara seagamanya dan menghormati manusia yang berlainan agama.
PELUANG YANG HARUS DISYUKURI
Peluang 3; Hidup sebagai seorang lelaki. >> yang perlu sentiasa fokus pada peranan membina keluarga, masyarakat dan bangsa agar taat kepada Allah walau apa jua keadaan.
Peluang 4; Hidup yang ada kerjaya. >> walau apa kerja yang kita lakukan, kita harus ada rasa bersyukur. Yang penting ia kerja yang halal dan Allah tidak akan memberikan rezeki yang halal lebih daripada yang mampu dikawal oleh kita.
Peluang 5; Hidup sebagai seorang kawan. >> yang harus sentiasa memberi pandangan dan nasihat. memberi dan menerima teguran. terpulang untuk menganggap segala kebaikan yang disampaikan satu peluang atau tidak.
Namun, apabila peluang itu adalah masa, ia akan berlalu jua bila tiba masa. Namun apabila masa untuk peluang itu berlalu (kematian) berlaku, peluang untuk menggunakan peluang-peluang itu sebaik-baiknya sudah tiada lagi.
Ketika itu anda mungkin mengharapkan peluang yang lain; yang tidak dapat lagi diberikan.

No comments:

Post a Comment