Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
Monday, March 26, 2012
Andainya Lelaki Tahu...
Kerana Aku Insan Yang Lemah...
Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia..anda, saya dan kita semua.
Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji...
Maka ketika hati kita tertanya-tanya “Mengapakah aku yang diuji?” Maka ingatlah firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -
Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216 -
Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 -
Tika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku hadapi semua ini?” Maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200 -
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 -
Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung pada seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia bersamamu:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129 -
Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK TAHAN!!!” Maka ingatlah firman Allah..
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dar rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 -
Sesungguhnya...
"Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
- Surah At-Taubah ayat 111 -
Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua
“Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286 -
“Ya Allah...
Jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”
Madah Cintaku...
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalaupun gunung boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut? ♥°◕‿◕°
Saturday, March 17, 2012
Saat diri Diuji...
Saat diri diuji...Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...Ada ketika diri diuji dengan kepahitan hempedu...Dan tidak kurang tatkala kemanisan mengundang ujian...Adakala diri berjaya...Dan ada kala diri tersungkur...Namun... ujian tetap datang bersilih ganti...Ujian kan terus menjadi teman di sepanjang perjalanan...Hingga diri ini dijemput bertemu denganNya...
Ya, hidup tidak dapat lari dari ujian. Saudara kembar yang tidak dapat dipisahkan. Namun Itulah kunci untuk kita mengenali diri kta yang sebenarnya. Mengenali potensi diri kita, untuk kita tingkatkan. Mengenali kelemahan diri kita, untuk diperbaiki.
Ya, ujian juga tidak semestinya dalam dalam keadaan pedih, pahit, sengsara, tangisan dan sebagainya, namun ujian juga datang dalam nada rayuan, pujian, manis, mewah, ketawa dan sebagainya. Persoalannya bagaimanakah kita dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita kuat berhadapan dengan semua ujian ini?
Pada ruangan ini, saya kongsikan bersama ujian yang kebanyakan kita tidak menganggap ia adalah ujian tetapi anugerah dan kesempurnaan. iaitu ujian dalam mengecapi kemanisan dan keriangan.
"Ujian dengan keburukan dan kesusahan itu dapat dimengertikan dengan mudah, kerana tujuan itu untuk mengetahui sejauh mana kesabaran dan ketahanan orang yang diuji, tetapi ujian dengan kebaikan atau kesenangan itu memerlukan kepada satu penjelasan.
Sebenarnya ujian dengan kebaikan da kesenangan itu lebih berat kesannya walaupun manusia melihatnya lebih mudah dari ujian dengan keburukan dan kesusahan.
Ramai orang yang tahan menghadapi ujian dengan keburukan dan kesusahan, tetapi amat sedikit orang yang tahan menghadapi ujian dengan kebaikan dan kesenangan.
Ramai orang yang tabah menghadapi ujian kesakitan dan kelemahan, tetapi sangat sedikit orang yang tahan menghadapi ujian kesihatan dan kekuasaan dan berupaya menahan kekuatan nafsunya yang berkecamuk dalam diri dan sendi tulang anggota-anggota mereka.
Ramai orang yang mampu bersabar menghadapi kesusahan kerana kemiskinan dan penafian, dimana hati mereka terus gagah dan tidak tumbang dan melutut hina, tetapi sangat sedikit mereka yang tahan menghadapi gugatan kekayaan dan keberadaan dan godaan-godaan kesenangan, kenikmatan, nafsu keinginan dan kemahuan-kemahuan yang tamak yang dirangsangkan kekayaan dan keberadaan itu.
Ramai orang-orang yang tahan menerima penderaan dan penindasan. Mereka tidak takut menghadapinya, mereka dapat bersabat menerima ancaman, ugutan dan tidak gentar berdepan dengannya. Tetapi sangat sedikit orang yang tahan menghadapi godaan keinginan nafsu, pangkat kebesaran, kesenangan dan kekayaan.
Ramai orang-orang yang tahan berjuang dan mendapat kecederaan. Tetapi sangat sedikit yang tahan menghadapi kemewahan dan keseronokan, kemudian tidak pula ditimpa penyakit tamak yang membinasakan seseorang dan penyakit senang yang mematahkan segala hemah yang tinggi dan merendahkan jiwa.
Ujian dengan kesusahan kadang-kadang menimbulkan perasaan megah dan merangsang semangat melawan atau daya juang dan mengemblengkan kekuatan urat saraf hingga seluruh kekuatannya dikerah untuk menentang danmengatasi kesusahan itu. Tetapi kesenangan hidup akan membuat seseorang itu mempunyai urat saraf yangkendur dan lemah serta menyebabkan hilang daya waspada dan daya melawan.
Justeru itu ramai orang-orang yang berjaya meleasi peringkat kesusahan. Tetapi apabila mereka hidup senang lenang, maka mereka akan gugur dalam ujian itu. Itulah keadaan manusia kecuali mereka yang dipeliharakan Allah SWT. Mereka merupakan golongan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berikut:
Sebenarnya ujian dengan kebaikan da kesenangan itu lebih berat kesannya walaupun manusia melihatnya lebih mudah dari ujian dengan keburukan dan kesusahan.
Ramai orang yang tahan menghadapi ujian dengan keburukan dan kesusahan, tetapi amat sedikit orang yang tahan menghadapi ujian dengan kebaikan dan kesenangan.
Ramai orang yang tabah menghadapi ujian kesakitan dan kelemahan, tetapi sangat sedikit orang yang tahan menghadapi ujian kesihatan dan kekuasaan dan berupaya menahan kekuatan nafsunya yang berkecamuk dalam diri dan sendi tulang anggota-anggota mereka.
Ramai orang yang mampu bersabar menghadapi kesusahan kerana kemiskinan dan penafian, dimana hati mereka terus gagah dan tidak tumbang dan melutut hina, tetapi sangat sedikit mereka yang tahan menghadapi gugatan kekayaan dan keberadaan dan godaan-godaan kesenangan, kenikmatan, nafsu keinginan dan kemahuan-kemahuan yang tamak yang dirangsangkan kekayaan dan keberadaan itu.
Ramai orang-orang yang tahan menerima penderaan dan penindasan. Mereka tidak takut menghadapinya, mereka dapat bersabat menerima ancaman, ugutan dan tidak gentar berdepan dengannya. Tetapi sangat sedikit orang yang tahan menghadapi godaan keinginan nafsu, pangkat kebesaran, kesenangan dan kekayaan.
Ramai orang-orang yang tahan berjuang dan mendapat kecederaan. Tetapi sangat sedikit yang tahan menghadapi kemewahan dan keseronokan, kemudian tidak pula ditimpa penyakit tamak yang membinasakan seseorang dan penyakit senang yang mematahkan segala hemah yang tinggi dan merendahkan jiwa.
Ujian dengan kesusahan kadang-kadang menimbulkan perasaan megah dan merangsang semangat melawan atau daya juang dan mengemblengkan kekuatan urat saraf hingga seluruh kekuatannya dikerah untuk menentang danmengatasi kesusahan itu. Tetapi kesenangan hidup akan membuat seseorang itu mempunyai urat saraf yangkendur dan lemah serta menyebabkan hilang daya waspada dan daya melawan.
Justeru itu ramai orang-orang yang berjaya meleasi peringkat kesusahan. Tetapi apabila mereka hidup senang lenang, maka mereka akan gugur dalam ujian itu. Itulah keadaan manusia kecuali mereka yang dipeliharakan Allah SWT. Mereka merupakan golongan yang disifatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berikut:
“Keadaan orang mukmin itu amatlah menajubkan, kerana seluruh keadaannya baik belaka. Keadaan itu tidak diperolehi oleh sesiapa pun kecuali orang mukmin sahaja; iaitu jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka kesyukuran itu memberi kebajikan kepadanya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar. Maka kesabaran itu memberi kebajikan kepadanya” (HR Muslim).Golongan ini sangat sedikit. Oleh itu kesedaran jiwa semasa diuji dengan kesenangan itu adalah lebih baik dari kesedarannya semasa diuji dengan kesusahan. Dan hubungannya yang tidak terputus dengan Allah SWT semasa kesusahan dan kesenangan itu merupakan satu-satunya jaminan kebaikan".
The Green Grass
An old farmer was out working in his fields just outside a small town, when a man driving an expensive town car stopped and waved him over. The farmer walked over, hands in his pockets and squinting from the glare of the sun.“Hey, old-timer” the stranger began. “I’m new to town, and I wanted to get a local’s perspective. Can you be happy living here?”The old farmer tilted his head to the side and said, “Tell me about the town you came from.”The stranger shook his head: “It was awful. The traffic was always too slow. My job made me work odd hours and treated me terribly. And don’t even get me started about my neighbors. I think everyone of them had a dog that used my yard as their own personal toilet. Every morning it was like walking through a minefield on my way to the car; one false step and my feet would stink all day.”The stranger looked toward the small town: “That’s part of the reason that I’m moving here: a change of pace. You know? So what do you think; can I be happy living here?”The farmer sadly looked the stranger in the eyes: “Son, while this is a great little town, I don’t think you’ll find happiness here.”The stranger’s shoulders slumped. “I was afraid of that,” he said as he sighed, climbed back into his car, and drove away.A short time after the farmer had gone back to work, another car stopped on the road, and another stranger stepped out and waived the farmer over.“Hello, old timer,” the stranger began. “I’m new to town and was just looking for a local’s opinion. Can you be happy here?”The farmer nodded and asked the same question: “what was your last town like?”The stranger broke into a huge smile. “Oh it was great. You’d never meet nicer people. I loved my neighbors, loved my job, and even loved the crazy rush-hour traffic. I’m pretty sad that I’m leaving. I only hope that this town will be half as nice. That’s why I’m asking. Do you think I’ll be happy here?”The old man smiled a toothless grin. “Son, it’ll take some adjusting to be sure, but I think you’ll be as happy here as you ever were.”You see the old man knew an age-old truth: the grass is just as green on the other side as the one you’re on. If you can’t find contentment where you’re at, you’ll certainly never find it somewhere else.“Not that I speak from want, for I have learned to be content in whatever circumstances I am. I know how to get along with humble means, and I also know how to live in prosperity; in any and every circumstance I have learned the secret of being filled and going hungry, both of having abundance and suffering need. I can do all things through Him who strengthens me.”
Puisi Cintaku Untukmu...
Senyummu adalah kebahagiaanku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Airmatamu adalah kesedihanku
Kau panglipurlara dukaku
Kau pengiring suka citaku..
Bersama kita dalam hari-hari keberkatan
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang dan rindu
Cinta , sayang dan rindu atas nama pengabadian kepada Rabbul Izzati..
Malam ini bintang bersinar cinta...
Bulan tersenyum sayang..
dan angin mendesir rindu...
Wahai bintang, bulan dan angin..
Sampaikan salam cinta, rindu dan sayangku padanya...
Sungguh...
Aku mencintai dirimu kerana Allah...
Kadang-kadang kita teraba-raba mencari erti cinta yang sebenar...
mengapa kadang-kadang kita rasa lompang dalam hidup ini?
meraih cinta hakiki bukanlah jalan mudah
tetapi ia janji pasti pada sang pencinta yang terus mujahadah
mengemis cinta sang PENCIPTA...
GAPAI DAN DAKAPLAH CINTA TUHAN...
kuseru pada diri dan kesekalian yang mengharap...
berharaplah pada DIA YANG PASTI
berharaplah pada DIA YANG PASTI
MENCINTAI KITA TANPA PERNAH ADA RASA BERKIRA-KIRA...
Thursday, March 15, 2012
My Love for you
Even though you said goodbye,
And you might not return,
Still I will always love you;
My love for you will burn.
You treated me so nice;
You always made me smile.
I would have done anything for you;
I would have walked that extra Mile.
You always cheered me up;
You always had that special touch
That drew a smile to my face,
Which is why I miss you so much.
If I hurt you, Please tell me.
You left without a reason.
All I am asking is, why?
I know you still love me,
But why did you make me cry?
You always seemed
To have that special sound.
Only I could hear it,
Even when you were not around.
You said you were busy right now,
But you said you still loved me.
I would have done anything for you.
I would have crossed the oceans and the seas.
You always seemed to make me melt,
Every time you said, "I love you."
I would smile and respond back, "I love you, too."
Even though I can't be with you right now,
I still look for that star in the sky,
And every time I think of you,
I just simply let out a sigh.
Even though we are apart for now,
I still want you to know,
That I will always love you;
I won't ever let you go.
Forever and always I will be true.
Even though we are apart for right now,
This is my love for you.
Mari Berzikir....
ZIKIR HARIAN YANG DIBACA 1000 x SETIAP HARI... INSYA ALLAH DIRAHMATI SEGALA URUSAN SEHARIAN...
HARI JUMAAT: Ya AllahHARI SABTU: La ilaha illallahHARI AHAD: Ya Hayyu Ya QayumHARI ISNIN: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziimHARI SELASA: Allahumma salli 'alaa sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasahbihi wasallimHARI RABU: Astagh firullahal 'a ziimHARI KHAMIS: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi
Doa dipermudahkan segala hutang...
DOA MUDAH SELESAI HUTANG
بسم الله الرحمن الرحيمأللهم إني أعوذ بك من الهم والحزنوأعوذ بك من العجز والكسلوأعوذ بك من الجبن والبخلوأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجالBismillahhirrahmannirahhim….allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazan,
wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasal,
wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhul,
wa a'uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.
Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,
Dan aku berlindung kepada-Mu dari bebanan hutang dan penindasan orang.
Amalkan setiap kali selesai solat.. Insya Allah banyak mana pun hutang kita, Allah akan permudahkan untuk menyelesaikannya dari rezeki yang kita tidak sangka-sangka….
Wednesday, March 14, 2012
Fitrah Kehidupan....
FITRAH PERTAMA
Setiap sesuatu ada pasangannyaFITRAH KEDUA
Setiap perbuatan ada balasannyaFITRAH KETIGA
Setiap yang berlebih-lebihan ada mudaratnyaFITRAH KEEMPAT
Setiap yang salah akan tewas juaFITRAH KELIMA
Tidak akan sama walaupun kelihatan serupa 2 bendaFITRAH KEENAM
Insan sering tewas dengan masaFITRAH KETUJUH
Setiap diri ada sayang & benciFITRAH KELAPAN
Cinta itu butaFITRAH KESEMBILAN
Mata sering menipuFITRAH KESEPULUH
Orang yang baik, tidak hanya baik kepada kita sahaja.
Akhirnya aku mengerti setelah melihat setajam-tajamnya, dan sedalam-dalamnya betapa tanpa benci manusia tidak akan mengingati musuhnya…. tanpa sayang..menusia tidak akan merindui kekasihnya…
Siapakah yang anda benci?
Siapakah yang anda sayang?
Hidup Ibarat Roda ?
Benarkah hidup ini ibarat roda. Yang sentiasa berputar. Yang di bawah akan berada di atas. Yang di atas akan berada di bawah jua; apabila roda hidup ini berpusing? Yang susah akan senang? Yang senang akan susah? Yang cantik akan hodoh? Yang hodoh akan cantik?
Fikirlah… Apakah apabila hidup ini bersilih ganti; Yang susah akan senang? Yang senang akan susah? Yang cantik akan hodoh? Yang hodoh akan cantik? Yang bijak akan jahil? Yang jahil akan bijak? Yang beriman akan munafik? Yang munafik akan beriman? Yang Islam satu hari nanti akan ……. ? Dan yang Kafir satu hari nanti akan Islam semula?
Saya berpendapat hidup ini adalah satu JALAN YANG LURUS.
Kita ada permulaan dan kita ada pengakhirannya.
Kita tidak dapat undur setiap langkah-masa yang berjalan.
Yang berputar hanyalah putaran jarum jam, namun kita akan sampai juga kepada penamat hayat di maya pada ini.
Ucapkanlah selamat tinggal kepada waktu-semalammu.. Kita akan tinggalkan waktu itu selama-lamanya.
Andai jalan di hadapan kita adalah jalan yang benar, teruskan perjalanan. Namun jika ia adalah jalan yang salah, cepat-cepatlah cari dimana persimpangan hidupmu. Agar tidak terlambat memilih yang jalan benar. Menuju syurga yang benar. Redha Allah yang benar. Dan MATI yang benar.
Masihkah Ada Waktu...?
Setiap orang ada peluang. Peluang yang dicipta dan peluang yang diberikan. Namun adakalanya peluang itu tiba ketika kita tidak bersedia, maka acapkali peluang-peluang yang ada pergi begitu sahaja. Soalan saya; apakah peluang yang kita ada?
PELUANG YANG HARUS DIHARGAI
Peluang 1; Hidup sebagai seorang manusia. >> yang perlu menjadi khalifah. adil pada manusia dan alam dalam masa yang sama taat kepada Pencipta.
Peluang 2; Hidup sebagai seorang Islam. >> yang perlu sentiasa mengasihani saudara seagamanya dan menghormati manusia yang berlainan agama.
PELUANG YANG HARUS DISYUKURI
Peluang 3; Hidup sebagai seorang lelaki. >> yang perlu sentiasa fokus pada peranan membina keluarga, masyarakat dan bangsa agar taat kepada Allah walau apa jua keadaan.
Peluang 4; Hidup yang ada kerjaya. >> walau apa kerja yang kita lakukan, kita harus ada rasa bersyukur. Yang penting ia kerja yang halal dan Allah tidak akan memberikan rezeki yang halal lebih daripada yang mampu dikawal oleh kita.
Peluang 5; Hidup sebagai seorang kawan. >> yang harus sentiasa memberi pandangan dan nasihat. memberi dan menerima teguran. terpulang untuk menganggap segala kebaikan yang disampaikan satu peluang atau tidak.
Namun, apabila peluang itu adalah masa, ia akan berlalu jua bila tiba masa. Namun apabila masa untuk peluang itu berlalu (kematian) berlaku, peluang untuk menggunakan peluang-peluang itu sebaik-baiknya sudah tiada lagi.
Ketika itu anda mungkin mengharapkan peluang yang lain; yang tidak dapat lagi diberikan.
Andai Masa Itu Ada...
Masaku kini terlalu suntuk atau aku yang terpedaya dengan masa. Entahlah, aku cuba mencari erti namun masa seringkali membuatkan aku terleka.Masa lapang, aku sekadar berehat.
Masa tidur, aku sekadar khayal dalam mimpi.
Masa lapar, aku lupa daripada asal usul makanan itu.
Masa kenyang, aku dibuai kesedapan yang hanya singgah di kerongkong.
Masa letih, aku lupa keletihan yang ikhlas ada ganjaran.Apakah kalian tidak begitu? Jika tidak, kamu bukan insan biasa. Kamu adalah mereka yang dipelihara / disayangi olehnya.
Hidup Yang Sempurna ...?
Dalam perjalanan hidup… dalam perjalanan ke tempat kerja… dalam perjalanan meningkatnya usia… dalam perjalanan mendidik keluarga, hidup siapakah yang sempurna?
Pasti ada kelemahan, pasti ada yang memuji, pasti ada yang mengeji, pasti ada yang menyayangi dan membenci…
Namun, begitulah dalam mencari kesempurnaan, semakin banyak kekurangan akan ditemui.. Bukankah ia tanda kita manusia, yang tidak akan pernah sempurna walaupun kita makhluk yang sebaik-baiknya???
Demi Cinta...
TELAH SEKIAN LAMA KU CUBA UNTUK MENDALAMI CINTA YANG SUKAR DIMENGERTIKAN...TAPI SAYANGNYA...SEMAKIN CUBA UNTUK KUSELAMI SEMAKIN DALAM AKU TENGGELAM DAN LEMAS DILAUTANNYA...MAKA KINI AKU PUTUSKAN CINTA ITU BUKAN UNTUK DIPELAJARI ATAU DINILAI...CINTA ITU SEPATUTNYA DIRASAI...DIALAMI...DAN...DIMILIKI...DEMI CINTA AKU MENYINTAINYA...DEMI CINTA AKU MENYAYANGINYA...DARI DALAMNYA LAUTAN DAN TINGGINYA GUNUNG- GANANG...DARI TERBITNYA MENTARI HINGGA TERBENAMNYA REMBULAN...DARI PENUHNYA JUTA-JUTAAN BINTANG DIDADA LANGIT HINGGA LEMBUTNYA SENTUHAN AWAN-GEMAWAN...CINTAKU HANYA UNTUKNYA...
I miss You.....
“I miss you when something really good happens, because you are the one I want to share it with. I miss you when something is troubling me, because you are the one who understands me so well. I miss you when I laugh and cry because i know that you are the one that makes my laughter grow and my tears disappear. I miss you all the time, but I miss you most when i lay awake at night and think of all the wonderful times we spent with eachother ; for those were some of the best times of my life.”
Bahagian Badan Yang Paling Bererti.....
Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian badan yang paling penting.Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.
Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu."
Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."
Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.
Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."
Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."
Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."
Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.
Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis.
Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.
Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian badan yang paling penting, sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.
Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".
Untuk semua bahagian badan yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa.
Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."
Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.
Dia berkata, "Sayangku, bahagian badan yang paling penting adalah bahumu."
Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.
Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis.
Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya."
Akhirnya, aku tahu, bahagian badan yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri.
Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.
Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.
Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.
Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…
10 Renungan Bagi yang ditimpa Musibah/ ujian....
Ujian menimpa siapa saja tidak mengira usia, pangkat atau darjat. Sebagaimana orang miskin diuji…orang kayapun demikian. Sebagaimana rakyat jelata hidup di atas ujian… para penguasa juga diuji. Bahkan boleh jadi ujian yang dirasakan oleh para penguasa dan orang-orang kaya lebih berat daripada ujian yang dirasakan oleh orang-orang miskin dan rakyat jelata.
Jangan disangka hanya si miskin yang menangis akibat ujian yang ia hadapi…, atau hanya si miskin yang merasakan ketakutan… bahkan seorang penguasa boleh jadi lebih banyak tangisannya dan lebih parah ketakutan yang menghantuinya daripada si miskin. Intinya setiap yang bernyawa pasti diuji sebelum maut menjemputnya… siapapun juga orangnya. Entah diuji dengan kesulitan atau diuji dengan kelapangan, kemudian ia akan dikembalikan kepada Allah untuk diminta pertanggung jawaban bagaimana sikap dia dalam menghadapi ujian tersebut. Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman :
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan" (QS Al-Anbiyaa' : 35)
Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini ada medan perjuangan…Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman ;
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١) الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
"Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا
"Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgahsana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" (QS Huud : 7)
Jikalau orang kafir juga tidak selamat dari ujian kehidupan, maka apatah lagi seorang yang beriman kepada Allah?, pasti akan menghadapi ujian. Allah Ta'ala berfirman :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" (QS Al-'Ankabuut : 2)
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (QS Al-Baqaroah : 155)
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat" (QS Al-Baqoroh : 214)
Bahkan semakin tinggi iman seseorang maka semakin banyak ujian yang akan ia hadapi. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَاءُ ، ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ ، يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ ، فَإِنْ كَانَ دِيْنُهُ صَلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ دِيْنِهِ رِقَّةٌ اُبْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِيْنِهِ، فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ
"Orang yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian yang paling soleh dan seterusnya. Seseorang diuji berdasarkan agamanya, jika agamanya kuat maka semakin keras ujiannya, dan jika agamanya lemah maka ia diuji berdasarkan agamanya. Dan ujian senantiasa menimpa seorang hamba hingga meninggalkan sang hamba berjalan di atas bumi tanpa ada sebuah dosapun" (Disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 143)
Jika anda terkadang merasakan ujian yang terus menimpa anda maka itulah yang pernah dirasakan oleh seorang Imam besar sekelas Imam Syafii. Al-Imam Asy-Syafii rahimahullah berkata :
مِحَنُ الزَّمَانِ كَثِيْرةٌ لاَ تَنْقَضِي ... وَسُرُوْرُهَا يَأْتِيْكَ كَالْأَعْيَادِ
Cubaan zaman banyak tidak habis-habisnya….
Dan kegembiraan zaman mendatangimu (sesekali) seperti sesekalinya hari raya
Bahkan terkadang ujian datang bertubi-tubi dan bertumpuk-tumpuk. Imam Syafi'i rahimahullah juga berkata :
تَأْتِي الْمَكَارِهُ حِيْنَ تَأْتِي جُمْلَةً ... وَأَرَى السُّرُوْرَ يَجِيْءُ فِي الْفَلَتَاتِ
"Hal-hal yang dibenci tatkala datang bertumpuk-tumpuk…
Dan aku melihat kegembiraan datang sesekali"
Berikut ini 10 perkara yang hendaknya direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian :
Pertama : Yakinlah bahwa selain andapun juga diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan…, ada yang diuji dengan harta, jabatan, dan kekuasaan… ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk…, ada wanita yang diuji dengan suami curang…, ada wanita yang diuji dengan mertua jahat…, ada yang diuji dengan ibunya…, dan terlalu banyak model ujian yang menimpa manusia. Maka anda sebagaimana manusia-manusia yang lain yang juga ditimpa musibah / ujian yang beraneka ragam
Kedua : Sabarlah dengan ujian yang sedang anda hadapi…, Alhamdulillah anda masih boleh menghadapinya. Boleh jadi jika anda diuji dengan ujian yang lain maka anda tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahwa tidaklah Allah menguji kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi oleh seorang hamba
Ketiga : Terkadang syaitan membisikkan kepada anda bahwa ujian yang anda hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk anda hadapi… maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang anda hadapi
Keempat : Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat??
Kelima : Bahkan boleh jadi Allah menghendaki anda untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin anda peroleh dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh anda. Amalan soleh anda tidak cukup untuk menaikan anda ke tempat tinggi tersebut. Anda tidak akan mampu untuk sampai ke tempat tinggi tersebut kecuali dengan menjalani ujian-ujian yang tidak henti-hentinya untuk mengangkat darjat anda.
Keenam : Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sedar bahawasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu memerlukan kepada Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyuk dalam solat… kita baru dapat merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata… kita baru dapat merasakan nikmatnya ibadah… tatkala ujian datang… tatkala musibah menerpa.
Ketujuh : Ingatlah… dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat selalu beruntung. Jangan sampai kita salah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan Allah kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya sang hamba dengan musibah. Bahkan perkaranya justeru sebaliknya. Nabi saw bersabda
إِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ
“Jika Allah mencintai sebuah kaum maka Allah akan menguji mereka” (Disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 146)
Kelapan : Berhusnudzonlah kepada Allah, yakinlah bahawa dibalik ujian dan musibah yang menimpamu ada kebaikan dan hikmah. Justeru jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpamu maka akan lebih buruk situasimu. Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman :
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ
“Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian” (QS Al-Baqarah : 216)
Kesembilan : Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut bahkan mendatangkan banyak kebaikan. Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:
فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلُ اللهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا
“Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” (QS An-Nisaa : 19)
Kesepuluh : Ingatlah bahawasanya tidak ada istrirehat … kegembiraaan abadi… kecuali di akhirat kelak. Selama anda masih hidup di dunia maka siap-siaplah dengan ujian yang mendatang. Bersabarlah… tegarlah… demi meraih ketentaraman dan kebahagiaan abadi kelak di surga. Ada orang awam yang berkata, “Kalau mahu hidup di dunia harus siap diuji, kalau tidak mahu diuji nya… jangan hidup di dunia !!!”
Sunday, March 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)