Tuesday, October 16, 2012

Jiwa Yang Tenang



MENJADI nikmat paling berharga dalam kehidupan manusia apabila memiliki jiwa tenang. Jiwa tenang akan sentiasa berbahagia dalam mengharungi setiap cabaran, malah masih mampu tersenyum menghadapinya.

Jiwa tenang tidak mudah berputus asa, mengeluh dan berperasaan hasad dengki kerana semua sifat mazmumah itu boleh memusnahkan diri.

Semua cabaran kehidupan perlu dihadapi dengan sikap positif kerana perjuangan memupuk sifat terpuji akan melahirkan jiwa tenang. Dalam dunia moden ini, penyakit jiwa dikenali sebagai gangguan psikologi.

Ia memerlukan rawatan segera kerana kesannya amat buruk sekali kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Alangkah manisnya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman.

Kegelisahan yang melanda diri seseorang menyebabkan mereka mengalami kebingungan. Ketika itu diri terasa tiada tempat lagi untuk mengadu.

Jiwa tak tenteram sebenarnya mempunyai sebab tersendiri. Antara sebab utamanya adalah melakukan dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan.

Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang disebabkan daripada anggota badan. Tujuh anggota badan paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan, Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.

Mata hendaklah digunakan bagi melihat perkara yang baik dan indah, bukan yang haram atau yang lucah. Telinga mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah.

Perut mesti diisi dengan makanan yang halal. Sebab yang menjadikan diri tidak tenang juga berpunca daripada hati kotor. Bukan saja dengan dosa tapi juga akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing."

Dimaksudkan dengan malaikat ialah ketenangan yang dibawa. Rumah pula ialah hati manakala anjing adalah menggambarkan sifat dan akhlak tercela.

Jika kita mempunyai akhlak tercela, hati bertindak sebagai rumah itu pasti menjadi kotor dan ketenangan tidak akan datang menjenguk.

Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggal mereka tetapi syaitan yang akan 'menetap'.

Sifat tercela membuatkan seseorang sering menjadi risau. Hasad dengki pula membuatkan mereka tidak suka melihat orang senang, bersifat takbur, ego serta sombong.

Itulah tekanan pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya. Begitu juga ujub dan riak kerana sifat demikian berpunca daripada perasaan mereka mahu dilihat sempurna sedangkan orang lain dipandang rendah.

Begitu juga sifat bakhil atau kedekut. Mereka tidak akan pernah tenang, hatinya akan terikat dengan harta, cinta harta tak salah tapi kedekut itu buat orang gundah.

Cintakan kemasyhuran dan popular langsung tiada perasaan rendah diri, hati akan gelisah. Sifat pemarah membuatkan orang menjadi pendendam. Hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.

Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia bagaimana untuk merawat jiwa yang tidak tenteram.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi penasihat (pengajaran) daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin (jiwa) yang ada di dalam dada kamu serta menjadi petunjuk (hidayah) untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus ayat 57).

Bahkan amalan membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran mampu mententeramkan jiwa.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Tidak berkumpul sesuatu kaum di dalam sesebuah rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kepadanya Kitab Allah (al-Quran) dan membincangkannya bersama-sama, melainkan turun ke atas mereka 'as-sakinah' (ketenangan) dan diliputi mereka dengan rahmat dan dinaungi mereka oleh malaikat dan Allah menyebut amalan mereka itu di hadapan makhluk Allah yang ada di sisi-Nya." (Riwayat Bukhari )

Monday, October 15, 2012

Agar Dicintai Suami

Termasuk salah cara atau kaedah agar dicintai suami ialah menyambut kepulangan suami sekembalinya ia dari bekerja. Sambutan seorang isteri akan sangat mengandungi erti yang besar bagi suami yang baru kepenatan dari tempat bekerja atau pejabat. 
Sentiasa senyum
Di antara cara-cara yang disukai oleh suami adalah isteri membuang jauh-jauh sifat tidak acuh dan angkuh. Ertinya, seorang isteri harus menggunakan cara-cara yang menunjukkan cinta dan perhatian. Misalnya, ketika suami hendak berangkat meninggalkan rumah, isteri ikut menghantarkan dan mendoakan selamat, seperti yang biasa dilakukan oleh wanita-wanita solehah zaman dahulu. Atau ketika suami pulang, isteri menyambutnya sendiri dengan sambutan penghormatan yang baik, dengan kata-kata yang indah, dan dengan senyum yang segar, lalu mengambilkan pakaian pengganti. Atau ketika suami memberikan sesuatu atau barang yang kurang bernilai, isteri tetap menerimanya dengan ucapan-ucapan terima kasih dan doa-doa yang baik.
 Memperlihatkan rasa sayang
Selain itu, dia pun dapat membiasakan anak-anaknya untuk bergegas menyambut kedatangan ayahnya dan mengucapkan terima kasih atas apa yang diberikan kepada mereka, serta memperlihatkan rasa senang atas kepulangannya. Sesungguhnya hal-hal seperti itu dapat menarik dan mempesona hati suami. Betapa tidak? Di kerajaan rumahtangganya yang kecil, semua penduduknya merasa gembira bersama-sama menyambut kepulangannya. 
Memberi secawan air
Langkah yang juga dianggap bijak adalah dengan memberikannya secawan air untuk menghilangkan rasa haus. Bukan secawan air itu yang menjadi nilai, tetapi sikap isteri yang lembut dan penuh perhatian sehinggakan terfikir oleh isteri untuk menghibur suaminya dengan secawan air.

Ingatlah...


"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Harga Sekuntum Cinta


Mencari sekuntum cinta
Amat payah dirasa
Bila ada… perlu dibaja
Bila tiada.. suram dunia

Cinta antara manusia tidak kekal
Apatah lagi kalau hati sentiasa nakal
Ada peluang semua nak sambar
Nilai cinta pun menjadi hambar

Maka.. cintailah Allah itu yang mulia
Nikmat yang diberi tidak terkira
Dunia akhirat kita bahagia
Di dalam naungan kasih sayangNYA......

Sunday, October 14, 2012

Alam Perkahwinan


Lima rahsia perkahwinan bahagia

Tips Pertama : Penampilan diri
Anda peru sentiasa menjaga penampilan diri supaya nampak seksi di mata pasangan masing – masing. Bagi lelaki, anda perkemaskan diri anda sepenuhnya. Jangan serabaikan muka anda dengan jambang yang tidak kemas dan sebagainya. Kemaskan muka anda. Pakai baju yang seksi dan sasakan badan untuk sentiasa di perhatikan oleh isteri anda.
Bagi isteri pula, hiasi diri anda ketika bersama suami di dalam rumah. Antara perkara yang boleh anda lakukan adalah sentiasa mewangikan diri anda dengan wangian – wangian menggoda. Pakai pakaian yang boleh menarik perhatian suami anda. Tukar penampilan rambut supaya suami tidak jemu melihat gaya yang sama sahaja.
Kedua : Sentuhan sayang
Sentiasa menyentuh pasangan anda dengan perasaan sayang. Ketika anda berdua berjalan di luar, pegang tangan pasangan anda. Jangan lepaskan kecuali perlu. Ketika ada peluang, peluk pasangan anda, cium dia, urut dia dan ucapkan kata – kata sayang.
Ketiga : Bermain cinta
Apabila bercakap, gunakan perkataan yang menggoda seperti sayang dan sebagainya. Pandang mata pasangan anda tepat pada matanya. Sentiasa mendengar pasangan anda bercerita sehingga habis. Puji pasangan anda secara santai dan spontan.
Keempat :  Mewujudkan suasana romantik di dalam rumahperkahwinan
Pastikan rumah anda sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih dna teratur. Apabila rumah anda kemas, anda akan rasa lebih tenang. Jika anda lelaki, sentiasa tolong pasangan anda menguruskan rumah seperti membasuh baju, memasak dan mengemas rumah. Lakukannya bersama – sama dengan gembira dan santai.
Kelima : kehidupan seks yang sihat
Sentiasa mengetahu kehendak seks pasangan masing – masing. Perbaiki diri jika di tegur oleh pasangan anda. Katakan anda tidak puas, nyatakan masalah anda tersebut pada pasangan anda. Selepas mengadakan hubungan seks, anda boleh mandi bersama – sama. Sentiasa mengubah posisi seks juga boleh memberi kepuasan yang berlainan setiap kali melakukan hubungan seks.

Sunday, September 30, 2012

RestuMU..


Ya Allah,

Andai tiba masanya,
Andai hambaMu bersedia,
Andai cinta itu bersemi,
RestuMu tanda cinta sejati..



Ya Allah,
Andai pintu hati ini ditakluki,
Biarlah dia hamba yang menjaga agamaMu,
Kerana redhaMu sentiasa bersama,
IzinMu adalah takdir kami hambaMu..



Ya Allah,
Andai dia jodohku,
Andai dia nakhoda yang akan mengemudi jalanku,
Berilah petunjuk dan restuMu,
Agar bersemi cinta kami diatas redhaMu..



Ya Allah,
Peliharalah hati hambaMu ini,
Agar pemegang kunci hati ini adalah mujahid yang setia di jalanMu..