Wahai Diri...
Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu,
berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan
menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah
usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia.
Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang
secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah
bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah
bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para
ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini.
Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia ALlah, Dia tidak mahu kita meyakini
bahawa kita akan kekal di alam ini.
Wahai Diri...
Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu
selama ini benar-benar mendapat redhanya ALlah? Atau ia mengundang
kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang
maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada ALlah apabila membuat dosa.
Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia
akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni ALlah serta
mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka.
Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup
ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan.
No comments:
Post a Comment