Sunday, July 28, 2013
Friday, July 26, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Sunday, July 21, 2013
Saturday, July 20, 2013
UntukMU..
BerSAHABATlah dengan yang SUDI,,BerCINTAlah dengan yang MENGERTI,,BerBAHAGIAlah dengan yang MEMAHAMI,,BerDOAlah untuk SEMUA yang diKENALI...Moga HIDUP kita diBERKATI,,Di DUNIAWI & UKHRAWI…..
Tuesday, July 9, 2013
Ukhwah...
Ukhwah
itu dihati..
walau
bersendirian pasti ia menemani...
setiap
yang manis mampu dikenangi..
walau
tiada di mata kini..
ia
hadir bila dirindui...
kerana
asasnya ia kekal di dasar hati..
Musim...
"Musim
panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji
itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada
hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk
itu sentiasa lahir sesuatu yang baik."
Sebuah Perjalanan
"Dalam
jauh sebuah perjalanan,
Allah
amanahkan sebuah perjuangan,
terimalah
dengan kekuatan,
kadang sakit
yang mendatang,
kadang teman
tak sehaluan,
kadang
cemerlang gagal dicapai,
namun itulah
ujian,
mencari iman
yang teguh.."
Checklist Ramadhan...
Assalamualaikum semua...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak...
Sama-sama kita meningkatkan ibadat di bulan ini...
Sunday, July 7, 2013
Wednesday, July 3, 2013
Sendiri Itu Terapi
Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan?
Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan
kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri
itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah
diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana
dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah!
Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa
gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi
untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki
habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang
sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir
dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan
seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca
dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa
yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa?
Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui.
Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah
bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan
sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu
yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu
kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan
kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah
dengan Allah.
Allah SWT berfirman:
"Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu.
Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi
Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai
hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu
tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa
yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik
untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah
mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun
cantik dan suci pada pandangan Allah SWT
Saat Manis...
Saat paling
manis adalah apabila tersedar akan manisnya hikmah yang Allah beri selepas diri
diuji..
semakin bersyukur,semakin insaf,semakin dewasa dan semakin gembira..
tak sangka dikurniakan hati kecil yang tabah dan mampu bangkit selepas gagal
atau terluka..
dan berusahalah agar 'redha' dengan ujian itu tidak hanya di
mulut..
Allah menduga bererti Allah cinta…..
Wahai Diri
Wahai Diri...
Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu,
berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan
menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah
usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia.
Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang
secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah
bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah
bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para
ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini.
Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia ALlah, Dia tidak mahu kita meyakini
bahawa kita akan kekal di alam ini.
Wahai Diri...
Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu
selama ini benar-benar mendapat redhanya ALlah? Atau ia mengundang
kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang
maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada ALlah apabila membuat dosa.
Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia
akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni ALlah serta
mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka.
Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup
ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan.
Terimalah diriku...
Ku ingin menyayangiMU
Ku ingin menyintaiMU
walau kutahu ku bukan yang terbaik
ku ingin sentiasa berada di hatiMU
Ku ingin sentiasa bertahta di hatiMU
Walau aku sedar aku tak layak untukMU
Terimalah diriku..
Izinkan Hanya Engkau Bertakhta Di Hati...
Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa
nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena,
titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan
emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini
tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini
ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang
ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu
bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam
sepi. Adakah hati itu telah mati?
Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini.
Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!
'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau
akan menangisi!'
Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian
hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu.
Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat
sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan
sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.
Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.
"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta
di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri
terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang
hina?"
Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang
Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.
"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi...
Ighfirli...."
Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir
diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu
bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis
kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.
"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya,
jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup
menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu,
ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri
untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan
daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh
syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di
jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba
kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini
tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati
ini "
Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran
sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap,
semoga Dia menerima segala-galanya.
Tuesday, July 2, 2013
CINTA DAN SAYANG...
TUHAN BERIKAN AKU CINTA...
DAN LABUHKAN CINTA KU...
PADA INSAN YANG
CINTANYA LEBIH KEPADAMU...
TUHAN HADIAHKAN AKU RASA SAYANG...
MAKA AKU AKAN MENYAYANGI SETIAP
CIPTAANMU....
TUHAN ANUGERAHKAN AKU KESIHATAN YANG BAIK...
AGAR AKU DAPAT... MENUNAIKAN
SETIAP SURUHANMU...
Dalam Hidup Ini...
Dalam hidup ini…Kurangkan ucapan yang berdendam,perbanyakkan ucapan yang mengasihi.Kurangkan kata-kata yang mengejek,... perbanyakkan kata-kata yang menghargai.Kurangkan kata-kata yang melemahkan,perbanyakkan kata-kata yang mendorong.Kurangkan perkataan yang menolak,perbanyakkan perkataan yang memperhatikan.Kurangkan kata-kata kritik,perbanyak perkataan yang membangun.Kurangkan kata-kata yang sia-sia,perbanyakkan kata-kata yang mendatangkan inspirasi.Kurangkan kata-kata yang kasar,perbanyakkan kata-kata yang lemah lembut.
Pasrah dan Berdoalah...
Jangan mudah merasa kalah akan dugaan yang dihadapi...Jangan diikut hati yang sedih lantaran dugaan menimpa...Tetapi cubalah untuk mengembirakannya....Tabahlah menghadapi... nescaya banyak pahala disisi Allah...Jangan ditanya mengapa berat dugaan yang diterima...Kerana hanya Allah Maha Mengetahui....Jangan ditanya mengapa harus kita menerima dugaan ini...Tetapi ketahuilah ada insan yang lebih menderita...Pasrah dan yakinlah pada Allah... berdoalah.. nescaya tenang hatinya....
Madah...
Bunga selalunya cantik tapi mudah layu. Tunggul kayu tidak menarik tapi tahan lama. Begitulah kebaikan, selalunya tidak dapat berterusan, tapi kejahatan itu selalunya berlarutan.
Ketentuan Ilahi...
Aku sering memasang angan-angan untuk membina mahligai indah.Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU. Biarpun mahligai kami hanyalah pondok kecil, aku tahu bahagiaku ada disitu.Yang dinanti bukanlah lamaran dengan intan permata, tapi cukuplah dengan akad dan janji setia. Andai yang terjadi tak sama dengan ketentuan hati aku redha ketetapan Ilahi.
Monday, July 1, 2013
Cukuplah Aku Mencintainya...
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Subscribe to:
Posts (Atom)