Monday, June 24, 2013

Adakalanya...

Adakalanya,sesuatu yang kita inginkan itu tak dapat,yang tak terfikir dek akal itu pula untuk kita..tapi ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.

Adakalanya,kita tak seperti yang kita inginkan,tapi tak bermakna kita boleh terus mengalah,sebaliknya cubalah perbaiki diri..

Adakalanya kita terasa lemah dengan dugaan atau cabaran,tapi setelah mengatasinya membuatkan kita lebih matang dan kuat..

Adakalanya kita terasa yang dikejar itu terbaik,bila gagal kita merana kekecewaan tapi ada yang lebih baik menanti untuk kita jika kita bersabar..

Adakalanya kita terasa penat,tapi disebabkan survival instinct menjadikan kita kuat untuk bertahan,dan kerana memikirkan amal yang rapuh ini kita terus berusaha..

Adakalanya kita terasa lemah tapi kita terus menerus bertahan kerana kita tahu tujuan hidup ini..

Apakah tujuan hidup kita..jika kita fikirkan,kita tak akan,tak sepatutnya menyalah gunakan tujuan hidup ini..
Persoalan yang jawapannya hanya Allah yang layak menjawabnya...tujuan hidup kita,tujuan kita dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah..sebab kita dijadikan..jadi niatkanlah aktiviti seharian kita untuk beribadah kepada Allah..segala amal niatkan kerana Allah..MENGINGATKAN DIRI LAGI...

No comments:

Post a Comment