Apabila hati ini meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai air mata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukirkan senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada di sisi kita. Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, kita pasti akan menjadi lemah, alpa, khilaf.
Thursday, February 21, 2013
Terima Kasih Ya Allah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment