Thursday, February 21, 2013

Aku Perlukan Kasih Sayangmu....


Masa  bergerak semakin cepat.Siang dan Malam bertukar juga semakin cepat. Ya Allah setiap hari hambaMu ini tidak lari dari melakukan kesilapan.Namun hambaMu ini sentiasa mahukan yang terbaik pada dirinya. Ya Allah aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina sentiasa memerlukan perhatian dan bantuan. Siapalah aku tanpa Mu Ya Allah. Bersyukur kerana nikmat dan rahmatMu. Setiap hari aku masih mampu untuk menjalan kan kewajipan ku padaMu. Segalanya lengkap sebagai hamba Mu dimuka bumi ini. Rezeki,tempat tinggal,pakai dan makan semua nya aku tidak mengalami kesusahan. Namun Ya Allah kenapa diri ini masih lagi rasa kosong. Sunyi walaupun tahu Kau sentiasa dekat padaku.Ya Allah adakah ini tandanya kurang kasih sayang Mu padaku.

Ya Allah janganlah Kau kurangkan kasih sayangMu padaku. Aku amat memerlukan kasih sayangMu Ya Allah. Kuatkan hatiku,yakinkan aku dengan ketentuanMu Ya Allah. Bersihkan dan sucikanlah hati hambaMu ini. Ampunkan aku atas kekhilafan ku. Ya Allah Kau lah tempat kebergantungan ku sepenuhnya. Amin.....Ya Rabbilalamin

No comments:

Post a Comment