Thursday, February 21, 2013

Terima Kasih Ya Allah...

Apabila hati ini meronta-ronta kesakitan, apabila berjurai air mata mengalir, ada insan hadir, cuba membuat kita mengukirkan senyuman. Ada insan hadir membuatkan kita ceria sebentar. Biarlah hanya sebentar. Kerana itu tanda Allah berada di sisi kita. Jangan bersedih..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihiasi duri-duri luka..tidak dibiarkan lena dalam nikmat yang melimpah tetapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah. Tanpa dugaan yang Allah beri hingga ke hari ini, kita pasti  akan menjadi lemah, alpa, khilaf.

Aku Perlukan Kasih Sayangmu....


Masa  bergerak semakin cepat.Siang dan Malam bertukar juga semakin cepat. Ya Allah setiap hari hambaMu ini tidak lari dari melakukan kesilapan.Namun hambaMu ini sentiasa mahukan yang terbaik pada dirinya. Ya Allah aku hanya hambaMu yang lemah lagi hina sentiasa memerlukan perhatian dan bantuan. Siapalah aku tanpa Mu Ya Allah. Bersyukur kerana nikmat dan rahmatMu. Setiap hari aku masih mampu untuk menjalan kan kewajipan ku padaMu. Segalanya lengkap sebagai hamba Mu dimuka bumi ini. Rezeki,tempat tinggal,pakai dan makan semua nya aku tidak mengalami kesusahan. Namun Ya Allah kenapa diri ini masih lagi rasa kosong. Sunyi walaupun tahu Kau sentiasa dekat padaku.Ya Allah adakah ini tandanya kurang kasih sayang Mu padaku.

Ya Allah janganlah Kau kurangkan kasih sayangMu padaku. Aku amat memerlukan kasih sayangMu Ya Allah. Kuatkan hatiku,yakinkan aku dengan ketentuanMu Ya Allah. Bersihkan dan sucikanlah hati hambaMu ini. Ampunkan aku atas kekhilafan ku. Ya Allah Kau lah tempat kebergantungan ku sepenuhnya. Amin.....Ya Rabbilalamin

Saturday, February 9, 2013

Heart of a Teacher Movie

Heart of a Teacher Movie: If you're a teacher, or, if like me, your life was greatly influenced by a teacher...you're going to love this movie! This inspirational poem about teachers who made a difference make this a gift worth watching!