BeRsYuKuRLAh
Adakalanya kita perlu menangis
agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa
dan adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu mahalnya nilai airmata
bersyukurlah pada yang menyakitimu
kerana dia yang menabahkan kamu
bersyukurlah pada yang tidak mempedulikan kamu
kerana dia yang memupuk dirimu berdikari
bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu
kerana dia yang memperhebatkan kemampuan diri kamu
bersyukur pada insan yang menyeksamu
kerana dia yang menguji
kesabaran dan ketabahan diri kamu...
No comments:
Post a Comment