Saturday, May 14, 2011

about My life...

It’s my life and I’ll live it the way I want to!
Life is like a pack of chewing gum; I’ve yet to figure out why.
I have a life! I simply chose to spend it online!!
If you spend your whole life waiting for the storm, you will never enjoy the sunshine!
I’m the author of my life; unfortunately, I’m writing in pen and can’t erase my mistakes…
Life is uncertain – eat dessert first.
Reality continues to ruin my life…
Take your life in your own hands and what happens? A terrible thing: no one to blame
I will tell you the meaning of life. But first, you must promise not to laugh!!
Life isn’t weird! It’s the people in it…
If life hands you lemons, throw them back and demand cookies!
Don’t you want to hang out and waste your life with me?!
Opportunity may only knock once in a lifetime, but temptation always has its finger on the doorbell.
The world will always spin, but not always the way you want it to, if you wait someday miracle will hit you. Give life a chance to touch…
Life is like a video game, except we don’t have extra lives, retries, pause or continues
A creative life is a fulfilling life… as long as you can deal with a few loose screws.
I’m ridiculously awesome; therefore I live a ridiculously awesome life with ridiculously awesome friends!!
Life is simple!!! But it is up to you how you live it!!!
Nobody ever said life was easy…they just promised that it would be worth it.

Monday, May 9, 2011

Suburkan Cintaku...

Ya Allah, dengan izinMu,
Telah banyak yang aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Lantaran hadirnya insan bernama ‘lelaki’
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidupku
 
Jika dulu telah Engkau izinkan
Aku merasai kehangatan kasih manusia
Jika dulu Engkau benarkan
Aku menikmati rindu adam kepada hawa
Jika dulu Engkau biarkan
Aku di dalam bahagia yang sementara
Cukuplah wahai tuhanku…
 
Kerana di sebalik semua itu
Aku pernah kehilangan cintaMu
Pernah gersang jiwaku
Pernah tandus imanku…
Derita itu merobek ketenanganku
Hatiku yang telah retak semakin retak
Solatku tiada lagi khusyuknya
Rukukku tiada lagi ikhlasnya
Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana
Tahajjudku sudah tiada serinya
Munajatku sudah hilang air matanya…
Imanku longlai untuk berkata-kata…
 
Dan Ya Allah
Setelah semua itu aku lalui
Dengan penuh susah, jerih dan payah
Kugagahi jua langkah lemah ini
Berbekal harapan yang tidak pernah mati
Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki
Manisnya kurasai
Bahagia dan ketenangan abadi…
 
Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar…
 
Syukurku padaMu tuhan…
Atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,
Jangan Engkau lenyapkan,
Jangan Engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan…
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia terus hidup di dalam cahayaMu
Selamanya…

Saturday, May 7, 2011

Kebaikan...

Apabila engkau berbuat baik, orang lain mungkin akan berprasangka bahawa ada maksud disebalik perbuatan baik yang kau lakukan itu… Tetapi tetaplah berbuat baik.

Kebaikan yang kau lakukan hari ini mungkin besok akan dilupakan orang… Tetapi teruslah berbuat baik.

Apabila engkau menemukan kedamaian dan kebahagian di dalam hati, orang lain mungkin akan iri hati kepadamu… Tetapi tetaplah berbahagia.

Berikan yang terbaik dari apa yang kau miliki dan itu mungkin tidak akan pernah cukup… Tetapi tetaplah berikan yang terbaik…

Apa yang telah engkau bangun selama bertahun-tahun dapat dihancurkan oleh orang lain dalam satu malam saja… Tetapi janganlah berhenti dan tetaplah membangun!!!
Berikan yang terbaik dari apa yang engkau miliki dan itu mungkin tidak akan pernah cukup. Tetapi tetaplah berikan yang terbaik. Jangan pedulikan apa yang orang lain fikirkan atas perbuatan baik yang engkau lakukan. Percayalah bahwa mata TUHAN tertuju pada orang-orang yang jujur dan DIA melihat ketulusan hatimu.

Sunday, May 1, 2011

cINTA SEJATI...

Cinta Sejati....
Adalah ketika kamu menitiskan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya,
Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu MASIH menunggunya dengan setia,
Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH dapat tersenyum sambil berkata :
"aku turut berbahagia untukmu"

Jika kita mencintai seseorang
Berusahalah untuk tampil apa adanya
Kerana Cinta sejati selalu dapat
Menerima Kelebihan dan Kekurangan

Siapa pun yang mempunyai hati penuh cinta
Selalu mempunyai sesuatu untuk diberikan
Cinta sejati dimulai ketika tidak sesuatu pun
Diharapkan sebagai balasan

AKAN TIBA saatnya harus berhenti mencintai
BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN kerana kita menyedari
BAHAWA orang itu akan lebih berbahagia
APABILA kita melepaskannya....

Dari Cinta untuk Cinta..

Cinta adalah Pengorbanan..

Cinta dapat Membahagiakan tapi Cinta juga Menyakitkan

Maka tak Perlu mengAgungkan atau memBenci Cinta
Kerana Cinta sebenarnya tak pernah Memberi apa-apa.

Cinta tidaklah buta kerana Cinta ber"mata"kan Hati..

Cinta buta adalah bagi mereka yang mengendalikan
Penglihatan dari Cintanya dengan Mata zahirnya.

Cinta tidaklah berlandaskan Persamaan atas Perbezaan

Cinta tidak pula berlandaskan Perbezaan atas Persamaan
Tapi Cinta berlandaskan Perbezaan di atas Perbezaan

Cinta membuat seseorang mencintai orang lain,

Melebihi rasa Cintanya kepada dirinya sendiri...
Hanya Mereka lah yang akan dapat menghargai,
Betapa penting orang yg telah menyentuh kehidupannya.

Air mata yang tersembunyi di dalam hati

Menggores luka yang tak akan pernah hilang.
Kadang kala orang yg paling kamu cintai
Adalah orang yang PALING menyakiti hatimu.
Kadang kala teman yang membawa mu
dalam pelukannya dan menangis bersamamu,
Adalah cinta yg tak pernah kamu sedari.

Jangan percaya bahawa melepaskan

SELALU bererti benar-benar mencintai
melainkan BERJUANGLAH demi CINTA mu.

Firasatku..


BUKANLAH bagaimana kita melupakan melainkan bagaimana kita MEMAAFKAN, BUKANLAH bagaimana kita mendengarkan melainkan bagaimana kita MENGERTI, BUKANLAH bagaimana kita melepaskan melainkan bagaimana kita BERTAHAN, BUKANLAH apa yang kita lihat melainkan apa yang kita RASAKAN..