Wednesday, December 1, 2010

Mujahidah Islam.....Iman Semerbak Kasturi

Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam...Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi.

Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri.

Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun; Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang kental telah dipersaksikan di dalam peristiwa agung Israk dan Mi’raj ketika mana Nabi saw dibawa melintasi maqam as-Syahidah Mashitah.

Salasilah keimanan itu diteruskan pula apabila muncul seorang ibu yang sanggup ditinggalkan suami di tengah terik panas matahari lembah Bakkah bersama-sama anaknya yang tercinta. Sayyidah Hajar, bonda kepada nabi Allah Ismail a.s menyaksikan pengorbanan suaminya dan anaknya sendiri demi menjalankan perintah Allah yang disampaikan melalui mimpi sahaja. Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang dipelihara sehingga dewasa terpaksa pula dikorbankan. Namun keimanannya telah mencantumkan semula kepingan-kepingan hati itu dan menyuburkannya dengan ketenangan. Sejahteralah wahai Sayyidah Hajar atas pengorbananmu berlari antara Safa dan Marwa sehingga hari akhirat.

Wanita agung seterusnya muncul di zaman pemuda paling tampan diciptakan Allah swt. Sayyidah Zulaikha walaupun beliau terpesona dengan nafsu, keteguhan imannya telah membangkitkan semula maruahnya sehingga berada sebaris bersama-sama mujahidah yang lain. Wanita mulia ini telah ditakdirkan untuk menghadap Allah swt ketika khusyuknya dia menyembah Rabbul Izzati.

Maryam binti Imran. Gadis sunti keluarga Imran ini telah menggegarkan dunia dengan kelahiran anaknya tanpa berbapa. Nabi Allah Isa as dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan dipelihara dengan penuh adab dan sopan. Walau pun menerima cercaan masyarakat, ibu mulia ini tetap teguh berpegang dengan imannya kepada Allah. Selain bayi Mashitah, bayi Maryam binti Imran jua diistimewakan dengan kebolehan bertutur semasa kecil. Kisahnya terpahat utuh di dalam lembaran al-Quran buat tatapan umat manusia. Setelah berkorban segalanya untuk perjuangan anak tercinta, akhirnya dia dijemput jua menemui Penciptanya ketika sedang beradu.

Warisan keimanan itu akhir tercurah kepada serikandi pertama Islam Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid. Dialah ibu kepada anakanda-anakanda Nabi Akhir Zaman saw. Dialah wanita pertama yang menyatakan keimanannya kepada Allah tika suaminya menyeru umat Quraisy kepada agama baru itu. Pengorbanannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun hatta Nabi seringkali teringatkan kekasih pertamanya itu. Dialah wanita yang menenangkan nabi Muhammad saw ketika Jibril as datang menyampaikan wahyu pertama. Dialah yang pertama meyerahkan hartanya untuk perjuangan Islam. Dan pemergiannya ke alam baqa ditangisi seluruh umat Islam sehingga kini.

Bergelar “Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam”, Sumayyah menerima penderitaan yang paling dahsyat untuk mempertahankan imannya. Lembing yang tajam menghunus telah memutuskan hayat wanita agung ini. Ammar bin Yasir, anaknya tercinta menatap penuh hiba pemergian ibunya ke alam abadi. Sumayyah telah meninggalkan contoh pengorbanan seorang wanita yang tiada tolok bandingnya seperti Syahidah Mashitah di zaman Musa as.

Sanggup berkorban nyawa dan meredah kegelapan malam ditambah pula dengan kesejukan pergunungan Thaur, beliau dengan tekad mendaki gunung Thaur dengan bekalan makanan terbeban di bahu. Kegigihan Asma’ binti Abu Bakr r.a. menjadi wanita solehah yang berjasa di dalam peristiwa Hijrah. Wanita mana yang sanggup meredah kegelapan malam ketika mana pemuka-pemuka Quraisy sedang giat mencari Nabi saw ketika itu. Wanita mana yang sanggup mendaki Bukit Thaur setinggi 2000 meter itu di tengah gelap malam tanpa peneman dengan bekalan yang sedia tersangkut di bahunya. Semuanya dilakukan oleh Asma’ kerana imanNya kepada Allah swt. Dialah yang bergelar “Pemilik 2 Tali Pinggang” kerana kain ikatan pinggangnya telah dikoyak dua untuk mengikat bekal makanan ke unta ayahanda dan Nabi saw sebelum mereka bergerak ke Madinah.

Adinda kepada Asma’ telah ditakdirkan menjadi wanita agung di zaman perjuangan Nabi saw. Dia menjadi contoh teladan seorang isteri yang mulia dan ummul mukminin yang agung. Sayyidatina Aishah binti Abu Bakr as-Siddiq. Nama yang harum sepanjang zaman. Kecantikan paras wajahnya telah disempurnakan dengan keindahan imannya. Isteri Nabi saw yang paling bertaqwa dan wara’ serta dalam ilmunya. Beliau menjadi rujukan para sahabat setelah pemergian Nabi saw. Kasihnya pada Nabi tiada tolok bandingan. Perjuangan dan pengorbanannya untuk Islam tiada tandingan. Wanita mulia bergelar “Ibu Orang-orang Yang Beriman”.

Beliau dijanjikan akan menjadi wanita pertama bertemu Nabi saw di syurga. Beliau adalah yang melihat perih jerih perjuangan Nabi saw dari awal sehingga wafatnya Nabi saw. Beliaulah yang paling dikasihi Nabi saw dari ahli keluarga Baginda. Beliaulah Sayyidah Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah saw. Puteri bongsu Nabi saw dan ibu kepada Sayyidina Hassan dan Hussein. Beliau merupakan isteri kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat Sayyidina Ali karramallahu wajhah. Pengorbanan Fatimah dipersaksikan seluruh kaum muslimin dan menjadi teladan sepanjang zaman. Imannya tiada tandingan dan ilmunya tiada saingan

Sedekah Melalui Senyuman...

Dari Abu Dzar RA., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

Senyum itu sedekah? Begitu mudah untuk mendapat pahala sedekah tanpa mengeluarkan wang ringgit atau peluh ! Tapi, benarkah senyum itu mudah? Senyum adalah luahan batin. Ia merupakan ciri khas makhluk yang bernama manusia. Manusia mudah jatuh hati pada seseorang yang tersenyum. Senyum juga mampu menumbuhkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka.


Sebaliknya, tanpa senyum, orang akan menjauhkan diri dari kita. Manusia cenderung untuk tidak menyukai sikap sombong, angkuh, kasar dan bengis…dan semuanya wujud tanpa senyuman. Firman Allah SWT., "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159).


Pengikat Hati.

Senyum adalah sarana pengikat hati, pertautan jiwa. Ia mampu memberi kesan lebih daripada apa yang boleh dilahirkan oleh nilai kebendaan. Harta saja tidak mampu menjadi sarana pengikat hati.

Ini terbukti apabila organisasi ekonomi yang bergelumang dengan kebendaan tidak mampu mewujukan ikatan hati. Kesatuan hati dan jiwa mesti diliputi dengan suasana ruh yang terpancar dari ruh Allah. Itulah cinta. Cinta yang mampu melahirkan senyuman dari dalam hati, yang mampu melapangkan dada.

Cinta yang membebaskan sebarang perbezaan dan berasal dari Najran yang kasar. Tiba-tiba saja seorang Arab Badwi datang dan menarik serban Rasulullah secara kasar. Aku (Anas bin Malik) melihat bahu Rasulullah melecet akibat tarikan kasar orang Arab Badwi itu. Orang itu berkata, "Ya Muhammad, perintahkan agar aku memperolehi harta yang Allah berikan kepadamu." Rasul menoleh dan tersenyum kepadanya, lalu memerintahkan agar dia mendapat hadiah.


Beragam Senyum.

Tidak semua senyum itu sejati. Ada senyum yang muncul mewakili perasaan (ibtisamah syu'uriyah), ada juga senyum dusta (ibtisamah ghaira haqiqiyah).

Senyum yang lahir dari perasaan adalah senyum sejati. Ia hadir saat seorang Muslim bertemu dengan saudaranya atau menyaksikan peristiwa yang mengundang senyum. Peribadi Rasulullah SAW sentiasa dihiasi dengan sifat ini. Abdullah bin Harits mengatakan, "Saya belum pernah melihat seorang pun yang paling banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." (Riwayat Ahmad).

Bukhari juga telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasul SAW tersenyum melihat para wanita yang lari lintang-pukang apabila mengetahui Umar bin Khattab RA akan datang. "Engkau lebih keras dan kasar berbanding Rasul SAW." Kata para wanita kepada Umar RA apabila ditanya kenapa reaksi mereka sebegitu rupa.

Senyum ketika mendengar berita gembira juga termasuk dalam senyum sejati. Sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Bakar RA apabila beliau dipilih oleh Rasul SAW untuk menemani baginda berhijrah ke Madinah. Ketika itu Abu Bakar RA tersenyum hingga menitiskan air mata kegembiraan.

Senyum juga boleh menguntum hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. Sebagaimana yang berlaku apabila Rasulullah SAW tersenyum kepada Ka'ab bin Malik (salah seorang dari tiga orang yang tidak turut serta dalam perang Tabuk). Ka'ab mengatakan, "Ketika aku datang kepadanya, aku memberi salam, dan baginda tersenyum…"

Senyum dusta pula adalah hasil rekayasa (budaya atau dalam perancangan melaksanakan sesuatu). Senyuman yang menghiasi diri sekadar memperolehi manfaat dari orang yang dihadiahkan senyuman. Seperti senyuman seorang jejaka untuk memikat, senyuman para jurujual untuk menarik para pelanggan atau senyuman para peniaga untuk menjaga hati pembeli.

Senyum itu mudah? Senyuman yang tulus itu sukar. Senyuman yang dusta juga bukan suatu yang mudah. Oleh itu senyum yang menjadi sedekah juga bukan semudah yang kita bayangkan. Sesungguhnya, "Senyum itu akan terasa berat dilakukan bagi jiwa yang belum dibiasakan dengan kebaikan…." (Muhammad Qutb)

Mencari Bahagia Dunia dan Akhirat..

SESUNGGUHNYA kebahagiaan di dunia ini adalah bersifat sementara. Bahagia dengan pangkat besar, rumah mewah dan sebagainya hanya bagi tempoh terhad. Orang yang dilimpahi nikmat kekayaan juga akan berakhir dengan mati.Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) bahawa kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit. Maka menjadi subur kerananya tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuhan itu menjadi kering dan diterbangkan angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al Kahfi: Ayat 45)

Islam amat menggalakkan umatnya berusaha bagi mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W juga menganjurkan kita supaya sentiasa berdoa seperti yang terdapat dalam Al Quran yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 201)

Para ulama mentafsirkan kalimah hasanah dunia dan hasanah akhirat dengan pengertian berikut:



Kesihatan badan dan jiwa.


Ilmu yang bermanafaat.


Amalan yang soleh.


Keimanan yang teguh.


Ikhlas beramal dan mendapat keredaan Allah.


Disenangi umat manusia.


Hidup bahagia dengan rezeki dan harta.


Rumah tangga yang bahagia dan mendapat anak yang soleh.


Selamat dari seksaan kubur.


Dapat masuk syurga dengan segala kenikmatan yang abadi.

Islam memperingatkan sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan dunia akan hilang kenikmatan itu kerana ia bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:

“Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun.” (Surah an Nisa’: Ayat 77)

Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan akhirat boleh dicapai dengan berpegang teguh dan yakin kepada tuntutan al-Quran dan sunnah rasul yang menjadi pedoman hidup manusia sama ada untuk dirinya,keluarga, jiran dan masyarakat.

Al-Quran berulang kali memperingatkan keimanan yang teguh serta amalan soleh dan ikhlas kepada Allah yang dapat memberi kebahagiaan abadi.

Keadaan ini jelas kalau kita perhatikan Firman Allah yang bermaksud:

“Barang siapa mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah An Nahl: Ayat 97)

Untuk mendapat kebahagiaan abadi, kita perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut:


Menjadikan diri orang yang baik dan patuh kepada segala perintah Allah. Kita hendaklah bersikap ramah dalam pergaulan, gembira dan bersyukur atas segala nikmat dan tidak berdendam serta bersabar atas qada dan qadar.


Bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat siang dan malam agar mendapat keredaan Allah dalam kehidupan.


Menjauhkan diri daripada sifat munafik, noda dan dosa yang menyebabkan masuk neraka di akhirat kelak.


Bersifat murah hati menderma dengan mengeluarkan harta atau sedekah, tidak kikir. Firman Allah s.a.w bermaksud: “Dan belanjalah (harta benda mu) di jalan Allah dan janganlah kamu men jatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 195)


Mentauhidkan Allah iaitu mengesakan-Nya tanpa syirik kepada-Nya dengan segala yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.” (Surah Al Baqarah: Ayat 163)


Menjauhi zina kerana ia perbuatan mungkar, keji dan hina serta terkutuk dan berdosa besar. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan suatu jalan
yang buruk.” (Surah Al Israk: Ayat 32)


Tidak membunuh iaitu tidak membunuh terhadap diri sendiri dan terhadap orang lain yang halal darahnya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan hak. Dan barang siapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah berikan kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli itu melampau batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang ang mendapat pertolongan.” (Surah Al Israk: Ayat 33)

Sesungguhnya kebahagiaan selalunya datang secara kebetulan saja. Kebahagiaan bukan seperti sebuah rumah yang dapat dibangunkan dengan tangan. Kebahagiaan itu
laksana lagu merdu yang didengari ketika sedang memanjat tanah tinggi dan apabila turun dari sebelah sana bunyi itu akan lenyap dari telinga kita. Dan hidup bahagia yang abadi ialah hidup yang diredai Allah dan Rasul-Nya serta disenangi semua manusia.

"

Pahitnya Dunia Kerana Manisnya Syurga Tuhan...

Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".

Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".

Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".

Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata
yang baik".

Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda- "Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menipu..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda- "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".

Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan
Tuhannya".

Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".

Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa
balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika ana ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang seseorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana
tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemanisannya".

Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab- "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata- "Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".

Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{tak sudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. panjang angan angan dan tergoda oleh dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai Islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan
hajatmu".

Kata pemikir Islam- "Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air.. tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".

Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".

Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.

Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi.. saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".

Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.

Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".

Ambillah hikmah dimanapun ia berada. Adakalanya hikmah bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".

Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.

"Kegalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih cergas"

"Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain"



"Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".

Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.

Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.

Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.

Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.

Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah dan lembab .tidak
disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah yang subur.

Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.

Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai nikmatnya.

Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.



Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun ribuan mata tidak melihatnya ...

Pesanan Buatmu Muslimah...


Perempuan yang ku KASIHI
adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa
sehingga Dia memanggilnya.

Perempuan yang aku RINDUI
adalah perempuan yang di wajahnya
terpancar sinar nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya sentiasa membesar Allah

Perempuan yang aku CINTAI
yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
biarpun namanya tidak terkenal di bumi
tetapi di langit, ia disanjung tinggi

Perempuan yang aku SAYANGI
bersyukur dengan apa yang ada
yang bersabar dengan apa yang tiada
cinta kepada hidup yang sederhana
yang tidak bermata dunia.

Perempuan yang aku SUKAI
adalah sejuk mata memandang
dek terlihat keluhuran akhlaknya
menjadi sumber ketenangan jiwa bila hati bergelora

Perempuan yang aku IDAMI
adalah yang mengingatkan hatiku kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
bila rohku melupai janji pada Ilahi

Perempuan yang aku SANJUNGI
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku
untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermulanya kita dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, maka hidupnya amatlah panjang dan mendalam. Bermula dengan bermulanya kita dan berakhirnya dengan luputnya manusia di bumi ini, Jika kita merasakan kitalah yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian ( kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.

Tabahkah Aku....

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna..banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung, rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,usah di gusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan..