Andai tiada kesempatan lagi, untuk kita bersama meniti hari, kerana hidup menyusur takdir Ilahi, mengertilah tidakkan sekali terlerai ikatan yang terpatri.
Lamun mencipta alunan hati, hiasan irama nada yang sepi, dakap rindu merantai langkah insani, segenap ruang jiwa sunyi mencari cinta yang suci.
salju melanda sehangat api, meronta kalbu ditusuk jalar berduri, kala pilu menyelimut tanpa simpati, seluas alam bagai tiada bererti palsu dan mimpi.
Kerana Allah untuk selamanya persahabatan ini kekal dan abadi.
No comments:
Post a Comment