Doaku padamu...
Ya Allah,
Kurniakanlah hambaMu yang lemah ini kekuatan iman serta kesabaran yang tinggi untuk hamba terus tabah dijalanMu ini. Hamba lemah Ya Allah…Kadang-kadang tercabar juga kesabaran hambaMu ini apabila berhadapan dengan anak didik hamba yang sudah jauh hanyut dalam ombak jahiliyyah. Berikanlah hamba kekuatan untuk terus mendidik mereka menjadi hamba yang taat kepada perintahMu serta meninggalkan laranganMu. Engkau campakkanlah ke dalam hati mereka taufik serta hidayah Mu kerana hanya Engakau lah pemilik hati-hati kami.
No comments:
Post a Comment