Untuk apa bicara cinta
Jika hatimu tak terbuka
Untuk apa bicara cinta
Jika matamu tak bercahaya
Untuk apa bicara cinta
Jika itu akan membuatmu terluka
Bagiku, dirimulah sang cinta
Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya....Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa....Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna,Tiada siapa yang sempurna...TAPI BERSAHABATLAH IKHLAS KERANA ALLAH SWT...
SEORANG WANITA UMPAMA SEKUNTUM BUNGA DI TAMAN,SEGAR MEWANGI DI PELUSUK DUNIA,SETULUS KASIH SESUCI EMBUN,LEMBUT WANITA KERANA TUTUR KATANYA,MESRA WANITA KERANA SENYUMANNYA,CEKAL WANITA KERANA BERANINYA,PATUH WANITA KERANA SETIANYA,SABAR WANITA KERANA IMANNYA,KASIH WANITA KERANA BELAIANNYA,LEMAH WANITA KERANA AIR MATANYA,IKHLAS WANITA KERANA SIMPATINYA,DENDAM WANITA KERANA CEMBURUNYA,SAYANG WANITA KERANA SIFAT KEIBUANNYA,TANPA WANITA LELAKI LEMAH,KERANA WANITA LELAKI TEWAS….