Saturday, June 25, 2011

Sebuah persahabatan...

Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dalam suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan, menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yang menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jadi pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..kerana tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dengan Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dihadapan... sebuah persahabatan yang hakiki........................................
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.
Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.
Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.
Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu

Sebuah persahabatan...

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita rase dikhianati juga bila dia tidak seperti mane yang diharapkan.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Patutkah dia dihukum oleh kita kerana kesalahannya??
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia.
Tapi kita telah meningalkan dia kerana kita tidak mahu dilukai lagi.
Sedangkan dia...pernahkah kita terfikir dia turut juga terluka akibat perbuatan kita..

Dia mendengar luahan perasaan kita,
Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
Ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
 
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa
bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan tak pernah lari dari kesilapan
dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
Disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
 

untuk Sebuah keterbukaan...

Berat...

Senyum itu seakan memiliki erti yang lain saat mata ini tertuju padanya dengan tajam. Tatkala cerita seorang anak manusia dalam sebuah keterbukaan bahawa sebenarnya masih ada sebuah rasa untuk seseorang yang lain. Bukan keraguan yang timbul dalam segumpal darah yang bersemayam dalam tubuh ini, namun sebuah hal yang harus mendapat sebuah jawapan yang jelas dan dapat dipertanggungjawabkan.
Ketika hati ingin mengutarakan sebuah kata yang sebenarnya mata ini sudah mampu untuk mewakilinya dalam suatu untaian gerak dan binarnya, terdetik lagi erti sebuah keyakinan. Memang tak pernah aku rasakan dari apapun yang telah terjadi selama ini, kerana memang panca indera yang ada dalam tubuh ini mengalami sebuah gangguan. Akan tetapi pernahkah terfikir bahawa sakit itu datang dan pergi hanya saat ada sebuah perasaan yang sebenarnya dirasakan oleh mereka yang terikat dalam sebuah simpul merah nan manis?
Haruskah mata ini protes kerana sesuatu yang terlihat di balik fikirnya ini bukan sebuah pemandangan yang tidak sedap?
Haruskah hati ini menjerit kerana sesuatu menggoresnya dengan kasar?
Haruskah akal ini berhenti berfikir karena sesuatu yang menusuk dan membusuk?

Jiwa - jiwa ini tidak dalam ketenangan.....
Jiwa - jiwa ini sedikit berkurang bahan bakar untuk melaju...
Jiwa - jiwa ini ....

banyak kata yang terucap, namun kadang maksud tak tersirat
banyak tulisan yang tersurat, namun kadang tujuan tak dapat terangkat

hadirlah kembali ketenangan untuk tenangkan jiwa ini
datanglah kelembutan hati untuk membelainya
berikan sebuah kesejukanmu.....

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Dalam kesamaran alunan duniawi yang membelai indah...kehalusan bisikan syaitan yang mengalun merdu..menyajikan keindahan duniawi yang sementara,sedangkan yang KEKAL itu pahit jalannya...mana satu impian kita? Ke mana hala tuju yg sebenar dalam mencari kedamaian peribadi? Laluan yang indah selama perjalanan tapi akhir itu menemui kebuntuan atau....jalan yang perlu liku dan duri lantas akhirnya menemui kebahagiaan~


sesama kita ter0kai...alam keindahan duniawi yang serba mengalun kenikmatan syahdu...keasyikan dunia yang serba mengalun gel0mbang kesesatan..lantas membawa insan yang turut terhanyut mengikut rentak kebebasan yang selama itu diimpikan...tapi "kebebasan" yang dirasai itu buatan semata....sedangkan "kebebasan" itulah yang membawa kepada kepadahan...iman semakin lutsinar..dalam mendakapi ketulusan taqwa....

Pasrah...

Jika derita akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti dijalani dengan sepedih rasa, Sedang ketegaran akan lebih indah dikenang nanti.
Jika kesedihan akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa tidak dinikmati saja, Sedang ratap tangis tak akan mengubah apa-apa.
Jika kesalahan akan menjadi masa lalu pada akhirnya, mengapa mesti tenggelam di dalamnya, Sedang taubat itu lebih utama.
Suatu hari nanti saat semua telah menjadi masa lalu, Aku ingin ada di antara mereka yang duduk diatas permadani, Sambil bercengkerama dan bercerita tentang apa yang telah dilakukannya di masa lalu hingga mereka mendapatkan anugerah itu.

Thursday, June 23, 2011

You never alone...

Sometimes, when the world's not on your side

You don't know where to run to

You don't know where to hide.

You gaze, at the stars in the sky

At the mountains so high

Through the tears in your eyes.

Looking for a reason,

to replace what is gone.

Just remember, remember

That you are never alone.

You are never alone (you are never alone)

Just reach into your heart

And Allah is always there.

You are never alone (you are never alone)

Through sorrow and through grief

Through happiness and peace

You are never alone.

So now as you long for your past

Prepare for your future

But knowing nothings going to last

You see this life is but a road

A straight and narrow path

To our final abode

So travel well O Muslim

And Paradise will be your home

And always remember

That you are never alone.

Daripada Sesuatu...buat Sesuatu...Hargainya..

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

Tuesday, June 21, 2011

Wahai hati...

Tika kau melafazkan janjimu,
Ingatlah hati janji itu belum pasti kau mampu penuhi...
Tika cebisan kasih bertandang,
Ingatlah hati kasih yang hadir bisa hilang...
Tika perasaan sayang kian subur,
Ingatlah hati sayang itu juga bakal luntur...
Tika gelodak hati menagih sebuah cinta...
Ingatlah hati hanya cinta yang Esa akan buat dikau bahagia...

HATI...

Hati yang indah itu sentiasa menyinari setiap kehidupan di muka bumi ini...
hati yang cantik itu sentiasa menyintai ketenangan dalam beribadah kepada Allah...
hati yang khusyuk itu sentiasa menyintai Allah kerana dia mengetahui cinta Allah adalah cinta yang abadi...
hati yang menyebarkan haruman kewangian itu sentiasa menyentuh kehalusan dan ketelusan jiwa-jiwa  mereka yang sentiasa berada dalam perjalanan Allah SWT...

Ketahuilah....

Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....


Monday, June 6, 2011

Nice Quote...

I'll always remember... I'll never forget, how you took my breath away, the first time we met. No matter what happens... no matter what we do, I'll always remember the first time I saw you.

I'll always be beside you until the very end, wiping all your tears away, being your best friend. I'll smile when you smile and feel all the pain you do, and if you cry a single tear, I promise I'll cry too.

Life is about trusting your feelings and taking chances, losing and finding happiness, appreciating the memories, learning from the past, and realizing people change.
Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end.

Honest with you...

To be honest with you, I don't have the words to make you feel better, but I do have the arms to give you a hug, ears to listen to whatever you want to talk about, and I have a heart; a heart that's aching to see you smile again....

WHEN...

When I say I love you........ 
You say you don't deserve it. 
When I say I need you ...... 
You say I deserve someone better, 
When I say my life is better with you........ 
You say I don't know any better. 
But when I kiss you...... 
you say I love you, 
When I have to go.....
you say I need you. 
When I am with you, you know, that there is no better feeling then our love coming together and that is something we both deserve.