Tawakal kepada Allah Ta’ala ialah menyerahkan urusan kepadaNya, bergantung kepadaNya dalam semua keadaan, berlepas diri daripada daya upaya sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada daya dan kekuatanNya.
Manakala redha ialah berlapang dada atau menerima segala perkara dengan hati yang ikhlas terhadap sesuatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah. Salah satu takrif redha adalah seperti yang disebutkan oleh Ibnu ‘Athoillah as-Sakandari :
“ Redha ialah hati meyakini qadimnya pilihan Allah Ta’ala terhadap hambaNya iaitu meninggalkan sifat marah ”
Sering kali kita dengar,
“Aku sudah berusaha dan aku bertawakal, tapi kenapa aku tidak dapat apa yang aku minta?”
Saya yakin bahawa setiap orang tahu akan konsep tawakal ini. Tapi, berapa ramai yang faham? Kita sebagai hamba Allah, sering meminta itu dan ini sekadar untuk memuaskan hati (sebenarnya nafsu) masing-masing. Kadang-kadang apa yang kita minta untuk dipermudahkan sesuatu perkara, tetapi yang terjadi adalah yang sebaliknya. Saya yakin, tiada orang bersusah-susah memohon kepada Allah untuk hidup susah. Tiada yang sibuk-sibukkan diri kepada Allah memohon, “Ya Tuhanku, mudah-mudahan exam kali ini biarlah susah”.
Semua orang minta untuk hidup senang.Tapi, tahukah anda? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya. Sebagaimana yang telah tertulis dalam Al-Quran,
“Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
No comments:
Post a Comment