Tuesday, January 11, 2011

Harapan....

Pengalaman lalu
tidak memberi pengajaran
Lalu apa makna penyesalanmu
Memang manusia mudah lupa
Tapi mengapa tidak mahu berubah...?

Engkau yang menempah acuan hidupmu
Jangan salahkan aku
Lontaran kata-kata
cuba ku berikan
Tidak keras dan tidak melukakan
kerana aku tahu
siapa diriku

Berkali-kali engkau jatuh
dan engkau bangkit kembali
Kasihan aku padamu
Tidakkah engkau tahu?

Di sana ada cahaya kebenaran
Milik Rabb yang Maha Mengerti
Tidak mahukah engkau pergi?
Segala persoalanmu akan terjawab nanti

Jangan salahkan aku andai engkau ditanya
Aku di sini hanya mampu berdoa
Walaupun mereka menidakkan harapan

Dan aku akan terus meminta
keranaku yakin
Keampunan-Nya Maha Luas
Harapanku
moga engkau berubah

No comments:

Post a Comment