Monday, May 28, 2012

Merawat Hati yang Luka

Apa yang disarankan seperti berzikir, berselawat, baca Al-Quran dan perlu disertakan dengan lidah, hati dan perlakuan. Antaranya rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami akan takdir. Bukan hanya disebut pada lidah tapi tiada penghayatan di hati dan lakunya. InsyaAllah mendatangkan ketenangan di hati.

Sedia memaafkan dan melupakan atas sebarang kesilapan seseorang. Not only 'forgive yes but forget not' itu yang membuatkan apa yang berlaku masih bersarang di hati dan ini akan memberi kesan negatif kepada minda.

Sedia terima' aku adalah hambaNya dan sememang layak untuk aku menerimanya'. Terimalah apa yang ditakdirkan ke atas diri. Siapalah diri untuk melawan, menolak dan apa-apa sahaja. YA aku LAYAK untuk dugaan itu.

Dengan ujian membuatkan kita KUAT
Dengan ujian membuatkan kita TABAH
Dengan ujian boleh memotivasikan diri...

No comments:

Post a Comment