Wednesday, October 5, 2011

Kehidupan...

semalam berlaku 1
kenangan, hari ini
berlaku 1 kenyataan,
dan esok menanti

1 impian...
buatlah sesuatu dengan
sebaik mungkin,
untuk mengabadikan 1

kenangan, yang menjadi
1 kenyataan,
dan menanti 1 impian...

Monday, October 3, 2011

Menghargai Sebuah Persahabatan...

Adakalanya pasti terlintas di benak hati kita, siapakah kita di pandangan sahabat-sahabat kita.
Kita menganggap seorang sahabat itu istimewa di hati tetapi adakah dia juga menganggap kita begitu?
Pemikiran-pemikiran ini menyebabkan kita terlalu membandingkan diri kita dengan sahabat-sahabat dan teman-teman lain hingga kita hilang keyakinan diri, merasakan diri lemah dan tidak disayangi, hilang matlamat dan konsentrasi dalam setiap amal yang dilakukan.

Dari seorang yang ceria dan selalu tersenyum kita berubah menjadi pendiam dan murung.
Teman-teman sekeliling mulai menjauhi dek sikap kita yang negatif itu.
Lalu kita bertambah parah.
Padahal semuanya salah kita.

Belajarlah Untuk Terus Tersenyum...

Jadilah seorang sahabat yang apabila teman-teman lain melihatnya, turut merasa tenang dan gembira.
Ada masanya
seorang sahabat itu dilanda masalah dan memerlukan kita disisinya untuk menguatkannya.
Sebaliknya, kita pula yang memberatkan lagi jiwanya dengan wajah kita yang sedih dan masam dek emosi yang menguasai diri.
Lalu si sahabat pun berpaling mencari insan yang yang sedia memberi kata kekuatan dan semangat yang dapat membawanya terus maju ke hadapan.
Lantas kita pula rasa terasing, tersisih, cemburu.Kenapa dia tidak cari kita semasa dia sedang dilanda masalah? tidak cukup baik kah kita?Tidak layak kah kita?siapakah kita?
Ketahuilah...orang yang paling manis senyumannya adalah orang yang masih mampu tersenyum di saat hatinya gundah. Tawanya membawa ceria, kata-katanya ringkas tetapi bermakna.
Kita tidak mampu memberi kata-kata nasihat yang panjang lebar, perkongsian yang hebat, memberi motivasi kepada teman-teman di kala jiwa mereka jatuh. Tetapi memadailah hanya dengan melihat senyuman kita, mereka menjadi bahagia. Walaupun dengan seungkap kata.."sabarlah...Allah nak uji..kita kena kuat..", cukup untuk memberi mereka kekuatan. Biar mereka tahu yang kita sentiasa ada disisi mereka ketika mereka memerlukan seorang teman.

Ukhuwah itu...

Ukhwah itu dilihat pada diri sendiri. Sebanyak mana kita memberi bukan menerima. Kita tidak boleh mengharap akan ada insan yang menganggap kita sebagai teman istimewa. Tetapi sejauh mana kita menghargai, menyayangi, dan mengasihi seorang teman itu.
Doa adalah senjata, doa adalah penghubung hati. Sampaikan kasih kita kepada sahabat itu melalui doa
yang dititipkan sepanjang waktu. Si teman mungkin tidak akan mengerti betapa dalam cinta dan kasih kita padanya, tetapi biar Allah yang mengetahui kerana bukankah Dia yang telah menciptakan sekeping hati
ini, dan telah Dia isi dengan cinta.
Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati..

Wahai diriku...Aku mencintaimu...

Apabila seorang teman itu dilanda masalah, pastinya kita akan mencuba yang terbaik untuk menasihatinya,
memberi kata-kata penguat jiwa, meneguhkan yang lemah, menjernihkan yang keruh.
Begitu jua dengan diriku..
Tetapi kadang-kadang rasa tidak layak berbicara tentang perjuangan, tentangan kekuatan...
Aku tidak pernah mengharap kata-kata yang aku bicarakan tidak kira lah dalam SMS , mahupun warkah,
juga dunia blogging ini memberi kesan pada hati pembacanya kerana aku bukanlah seorang yang dilahirkan untuk menjadi motivator mahu pun pakar psikologi yang petah berbicara, lantang bersuara,
berkesan pada hati pendengarnya.
Tapi apa yang aku mahu hanyalah, setiap bait kalimah yang berunsur nasihat, mahupun provokasi itu
memberi kesan kepada diriku sendiri.
Meluncurnya kata-kata dari lidah yang bermadah, tangan yang gamat menekan kekunci telefon bimbit mahupun notebook, adalah kata-kata untuk diri sendiri.
Biarlah nasihat yang diberi untuk orang lain, adalah untuk diri sendiri.
Jika tiada kesan untuk orang lain, biarlah berkesan untuk diri sendiri.
Jika tiada bermakna untuk orang lain, biarlah bermakna untuk diri sendiri.
Jika tiada menguatkan orang lain, biarlah menguatkan diri sendiri.
Jika orang lain lupa, biar diri sendiri tiada lupa..
Bukan niat di hati untuk mementingkan diri sendiri tetapi sekadar memberitahu diri ini bahawa ia juga disayangi,
sekadar memberitahu diri ini, usah cemburu, tuanmu juga mengasihimu,
usah putus asa kerana tuanmu amat memerlukan kekuatanmu jua.

Ya..betapa aku ingin memberitahu diri ku ini bahawa aku cintakan ia..

Cintai diri, jauhilah dosa..
Cintai diri, peliharalah hati...
Diri ini adalah anugerah Ilahi...
Belajar mencintainya akan mengajar aku menjadi hamba yang bersyukur....

Nothing's gonna change my love for you Westlife Lyrics

I'll be missing you (LYRICS)